Pekin dapat tajaan Volkswagen Malaysia untuk KL Wangan

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volkswagen Malaysia dan Centro Pictures telah menanda-tangani persetujuan untuk menjadikan VW Malaysia sebagai penaja rasmi filem terbaharu Centro Pictures yang sedang dalam proses penggambaran sekarang. Filem bertajuk Kl Wangan arahan pelakon terkenal, Pekin Ibrahim itu berkisar tentang cerita perlumbaan jalanan di mana ia akan menampilkan empat buah model popular VW - VW Golf GTI, VW Beetle, VW Passat baharu yang masih belum dilancarkan dan VW Golf R, model paling berkuasa di dalam varian Golf. [caption id="attachment_15154" align="aligncenter" width="620"]Isabela Pascu dan Pekin Ibrahim Isabela Pascu memberi mock-key kepada Pekin Ibrahim.[/caption] Menurut Isabela Pascu, Pengarah Pemasaran bagi Volkswagen Malaysia, pihak syarikat sangat gembira dan teruja kerana terbabit di dalam pembikinan filem tersebut. “Industri filem tempatan mengalami perkembangan mantap dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan kami melihat ia sebagai platform yang baik untuk membina jenama VW,” ujar Isabela. Pekin sendiri ialah seorang peminat VW dan beliau akan berlakon di dalam filem tersebut, disamping pelakon terkenal lain seperti Faizal Hussein, Jasmine Suraya, Kazuto, Emily Lin dan Farouk. VW Malaysia percaya ini ialah kolaborasi penting pertama antara sebuah syarikat perfileman tempatan dan jenama automotif antarabangsa. Careta ucapkan tahniah kepada Pekin dan diharapkan filem terbaharu beliau bakal menjadi penanda aras baru di dalam industri filem tanahair. WhatsApp Image 2016-08-19 at 4.02.43 PM (1)