Aston Martin tayang Vanquish Zagato Volante

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Jenama kereta sporti ternama Aston Martin telah mempersembahkan Vanquish Zagato Volante di pertunjukkan Pebble Beach Concours d’Elegance. Volante ialah versi kabriolet Vanquish Zagato Coupe yang telah meraih minat dari pelanggan-pelanggan Aston Martin diseluruh dunia apabila dipersembahkan baru-baru ini. Kedua-dua versi atap tertutup dan terbuka Vanquish Zagato ini dikeluarkan pada jumlah terhad; hanya 99 akan dibuat dari kilangnya di Gaydon, England. Vanquish Zagato Volante adalah simbol kolaborasi yang bermula selama lebih kurang 6 dekad, bermula dengan kereta lumba DB4 GT Zagato yang cantik dan berbentuk perkasa dari tahun 1960 dan termasuk juga DB7 Vantage Zagato tahun 2002, V12 Vantage Zagato tahun 2011. Vanquish Zagato Volante (2) Sebelum ini, model Aston Martin atap terbuka yang menjadi bahan perbualan peminat Aston adalaah V8 Vantage Volante, yang ditunjukkan di Geneva pada tahun 1987, juga DB AR1 tahun 2003. Juga berdasarkan jumlah keluaran pada bilangan terhad 99 unit, DB AR1 adalah keluaran eksklusif di pasaran Amerika Utara dan dianggap pada hari ini sebagai kereta pengumpulan para pakar minat kereta sedunia. Vantage Zagato Volante ini dijana oleh enjin V12 Aston Martin yang ikonik yang diperbaharui, menjana kuasa kuda 592bhp yang mampu memecut kereta ini dari 0-100km/h pada hanya 3.7 saat. Cara terbaik untuk mengeringkan rambut basah! “ Sama seperti versi Coupe, kami menekankan cara permukaan badan kereta ini menyilangi satu sama lain untuk membuat suatu bentuk tegap. Kami mahu suatu bentuk yang elegan dan lancar, yang benar-benar menekankan bentuk arca dibahagian belakang,” kata Marek Reichman, Ketua Eksekutif Kreatif Aston Martin, memberi keterangannya tentang segi rekabentuk kereta ini.