SuperKIP terbabas dari kedudukan kedua

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Khairul terbabas semasa dia berada di kedudukan kedua dalam perlumbaan. Pusingan ke-11 MotoGP telah diadakan di Czech. Khairul memulakan perlumbaan di kedudukan ke-28 dan dia berusaha mengejar untuk ke kedudukan ke-3. IMG-20160822-WA0036 Khairul berada di kedudukan ke-2 semasa pusingan ke-15, namun dia gagal untuk mengawal keseimbangan motosikal pada selekoh ke-12. Kedudukan keseluruhan Khairul masih kekal pada tempat ke-11 dengan 54 mata sejak perlumbaan Austria minggu lepas. Perlumbaan yang seterusnya akan diadakan di British dari 2hb Sep 2016 ke 4hb September 2016. MotoGP di Malaysia akan diadakan pada 28hb Oktober 2016 ke 30hb Oktober 2016 di Sepang. Ini merupakan acara terbesar bagi Honda di MotoGP berbanding dengan tahun sebelum. Anggaran sebanyak 300 hingga 350 peserta akan menyertai konvoi anjuran Honda pada MotoGP kali ini. IMG-20160822-WA0035 Ulasan Khairul Idham Pawi: Saya amat kecewa. Saya cuba sedaya upaya untuk berlumba dengan konsisten tetapi pada pusingan ke-15, saya gagal untuk mengawal keseimbangan motosikal pada selekoh ke-12. Walaupun saya memulakan perlumbaan pada kedudukan yang rendah dan Berjaya mengejar sampai ke tempat ke-2, kesilapan menghancurkan segalanya. Saya mohon maaf kepada pasukan saya kerana mereka selalu bekerja keras untuk saya. Saya akan lebih berusaha pada perlumbaan yang seterusnya."