Flashback - Sejarah Proton Persona

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Proton Persona generasi pertama sebenarnya dilancarkan sembilan tahun lepas, iaitu dalam bulan Ogos, tahun 2007.

Diasaskan dari Proton Gen2 hatchback, ia direka sebagai pengganti sebenar Proton Wira. Proton mengalami pelbagai masalah kualiti dan juga rekabentuk dengan Proton Gen2. Ia dikira sebagai sebuah kereta yang terlalu ringkas untuk kegunaan keluarga.

Selepas dilancarkan, kepercayaan pasaran terhadap Proton meningkat kerana Persona membuktikan usaha-usaha ke arah pembaikan kualiti dilihat jelas. Persona terus popular dan menjadi pilihan ramai, termasuk pengusaha teksi dan kereta sewa.

Sejak pelancarannya, Proton telah menjual lebih dari 250,000 unit Persona di seluruh dunia. Pembaikan yang dilakukan pada Persona sangat berkesan hinggakan Gen2 turut menerima proses yang sama.

Proton Persona Side

Di bawah ialah apa yang Careta tahu mengenai Proton Persona generasi pertama.

  • Proton Persona diasaskan dari Proton Gen2 - oleh itu ia adalah 100 peratus rekaan Proton.
  • Proton pada masa itu menerima rungutan dan masalah dari pengguna Gen2. Konsep miminalis ala Lotus yang cuba disogok kepada pasaran tidak menerima sambutan yang baik. Mereka lebih pentingkan praktikaliti dan bukannya ciri-ciri sebuah sportscar.
  • Segala rungutan dan masalah itu dikumpulkan oleh Proton dan dibincangkan dalam ratusan mesyuarat sebelum mereka menghasilkan varian sedan untuk Gen2 yang khusus untuk keluarga - Persona.
  • Nama Persona sebenarnya ialah dari variasi nama Proton Wira di pasaran UK - Persona. Dan oleh kerana ia menggantikan Wira, nama itu diambil dan digunakan semula untuk pasaran domestik. Di UK, ia tetap dijual dengan nama Gen2 Persona.
  • Platform Gen2 digunakan, tetapi perubahan drastik dilakukan dari dari tiang B (B-pillar) hingga ke bamper belakang, dengan penambahan 167 cm berbanding dengan panjang keseluruhan Gen2.
PROTON-Persona-5070_19
  • Ruang but sebesar 430 liter diberikan, dan untuk memastikan masalah engsel leher angsa (goose-neck hinge) pada Proton Waja yang mengambil ruang but tidak lagi berlaku, Proton menggunakan sistem pegas gas kembar (twin gas strut) sebagai engsel pintu but Persona. Ia masih kekal sebagai antara engsel pintu but paling canggih di dalam pasaran (sayangnya, untuk menjimatkan kos, ia tidak digunakan dalam Persona baharu).
  • Antara rungutan pengguna Gen2 ialah tempat duduk belakang mempunyai siling yang rendah. Untuk Persona, ia ditinggikan sebanyak 43 mm, hasil dari rekabentuk tiang C yang lebih baik.
[gallery columns="1" size="large" ids="15130"]
  • Bahagian luaran masih dikekalkan ciri-ciri Persona, di mana lampu hadapan dan belakang dikekalkan dan gril bentuk wau-bulan itu turut sama (sebelum model Elegance di hasilkan).
  • Bahagian kabin menerima paling banyak perubahan. Glovebox kini diwujudkan, jam analog pada Gen2 dibuang dan diganti dengan jam digital yang nampak lebih mahal, kulit pintu ditukar kepada yang jauh lebih baik dan lebih ergonomik (lebih selesa dan mudah untuk digunakan oleh manusia normal), tempat duduk ala KITT dalam Knight Rider diganti dengan tempat duduk yang lebih sesuai untuk pelbagai bentuk manusia, kedudukan suis tingkap berkuasa diletakkan di daun pintu dan bukan lagi di konsol di tengah dan warna kabin diberikan warna gelap agar mudah untuk dijaga. Sayangnya, Proton masih mengekalkan suis dan punat sebesar tahi lalat pada Persona.
[gallery size="medium" ids="15132,15133,15134"]
  • Proton juga memastikan kualiti komponen dan pemasangan ditingkatkan. Lima minit di dalam Persona ketika itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa ia jauh lebih baik dari Gen2 (setahun kemudian Gen2 turut menerima pembaikan untuk kualiti dan ruang dalam seperti Persona). Persona lebih senyap, lebih selesa dan lebih refined (halus) dalam semua segi.
  • Ciri keselamatan ialah dua beg udara, brek ABS, EBD dan brek careka untuk depan dan belakang.
  • Enjin pertama Persona ialah enjin 1.6 liter CamPro S4PH yang sama digunakan oleh Gen2 dan Neo, tetapi dengan sedikit perubahan pada dulang minyak (oil pan) aluminium yang dikatakan lebih pratikal dan tidak begitu mudah untuk tersangkut pada objek (masalah normal untuk Gen2 dan Neo).
  • Sistem transmisi masih sama, 5-kelajuan manual dan 4-kelajuan automatik, tetapi dengan talaan program baharu bagi versi automatik agar ia lebih lancar dan tukaran gear lebih baik.
  • Dalam tahun 2008, enjin Campro IAFM dipasang pada Persona. IAFM atau Intake Air-Fuel Module ialah corong kemasukan udara boleh-laras secara automatik dan ia membantu enjin agar memberi lebih banyak tork pada kelajuan enjin rendah dan membantu keamsukan udara semasa kelajuan enjin tinggi.
[gallery columns="2" size="medium" ids="15135,15131"]
  • Bila Proton Preve dilancarkan, Proton bercadang untuk menghentikan pengeluaran Proton Persona tetapi dihalang oleh Proton Edar kerana permintaan tinggi untuk Persona. Oleh kerana itu, Persona dijadikan model mampu milik dalam segmen B sementara Preve menjadi model Proton dalam segmen C.
  • Harga Proton Persona semasa pelancaran ialah dari RM44,999 untuk model 1.6 MT B-Line hingga ke RM55,800 untuk 1.6 AT H-Line. Ketika itu, Proton Edar masih menggunakan nama-nama Base Line dan High Line untuk varian model mereka. Konvensyen penamaan begitu sebenarnya tidak lagi dipakai oleh mana-mana syarikat kenderaan. Alhamdulillah Proton juga mulai sedar dan menggunakan huruf-huruf seperti S (Standard) dan E (Executive). Ini lebih menarik dan tidak terlalu kasar bunyinya.
  • Persona Elegance ialah model "facelift" dari Proton. Ia menerima perubahan kosmetik seperti lampu hadapan baharu (reflector digelapkan), bamper depan belakang baharu, bodykit, lampu belakang jenis LED dan dari segi teknikal, ECU dinaik-taraf ke model 32 bit dari Continental VDO. Sistem komputer baharu itu membolehkan lebih banyak penalaan dilakukan kepada enjin, terutama bagi memastikan penggunaan bahan api diperbaiki dan kadar asap diturunkan.
  • Proton mengeksport Persona ke UK, Singapura, Australia, Indonesia dan Mesir.

Persona baharu dikira bakal mengembalikan lagi zaman kegemiliangan Persona yang dikenali sebagai sebuah sedan yang selesa dan lasak, pada harga mampu milik.