BMW 2002 Hommage M Turbomeister - retro rekaan Karim Habib

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
BMW telah menggantikan corak seragam kereta konsep 2002 Hommage M dengan corak seakan-akan penaja Jägermeister, corak yang telah menjadi lambang kejayaan BMW menggunakan enjin turbo pada era 70an. Dipersembahkan di pertunjukkan kereta mewah dan eksotik Concours d’Elegance in Pebble Beach baru-baru ini, BMW 2002 Turbomeister ini mengingatkan kita pada tahun 1973, tahun bermakna bagi Kumpulan BMW semasa BMW 2002 Turbo mencatat sejarah dengan menjadi model pertama BMW yang menggunakan teknologi turbo. Teknologi turbo telah membuka jalan untuk BMW menghasilkan model-model awal yang sporti yang juga telah mendapatkan syarikat Jerman itu kemenangan dalam kejuaraan Formula One Championship bersama pemandu Nelson Piquet pada tahun 1983. [gallery columns="2" size="large" ids="15115,15116"] Kereta konsep terbaharu dari BMW ini direka oleh Karim Habib, Ketua Rekabentuk di BMW Automobiles. Beliau juga merekabentuk kereta asal 2002 Hommage yang menjadi kejutan umum pada bulan Mei apabila di[persembahkan di pertunjukkan Concorso d’Eleganza Villa d’Este. “BMW 2002 Hommage meraikan kejayaan luarbiasa dari segi kejuteraan enjin turbo dan menafsirkan ia dengan rekabentuk konsep baharu. Dengan skema warna cat oren/hitam, kereta konsep ini mengingatkan peminat sukan bermotor dengan kejayaan pada zaman 70an kami,” kata Karim. Saiz tayarnya berukuran 20-inci, berserta kaliper brek berjenama M, sama seperti yang dipasang di BMW M4 GTS. Bentuk badannya lebar dibahagian ruang tayar sama seperti pada kereta asal 2002 yang mermerlukan jejak lebih panjang dari tayar sebelah kiri ke sebelah kanan. Lampu depannya juga mempunyai warna kekuningan yang biasa dilihat pada kereta lumba zaman dahulu. P90230176_highRes_bmw-2002-hommage-08- Tafsiran baharu BMW 2002 Hommage ini jelas menunjukkan bagaimana bentuk keseronokan pemanduan asli jika menurut definasi tahun 2016. Untuk yang sedang memikirkan siapa itu Karim Habib, nama sebenar beliau ialah Karim Antoine Habib dan berusia 46 tahun dan berasal dari Kanada. Lahir di Beirut, Lebanon, beliau kemudian meneruskan pendidikan beliau di Iran, Perancis, Greece dan seterusnya di Montreal, Kanada. Beliau menggantikan tempat Andrian Van Hooydonk dalam tahun 2012. Antara hasil pertama Karim bersama BMW ialah bahagian kabin untuk model BMW 5-Series E60. [caption id="attachment_15118" align="aligncenter" width="620"]karim Habib Karim Habib pernah bekerja di Mercedes-Benz, sebelum kembali ke BMW semula.[/caption]