Kasma kekal cemerlang walaupun tertekan

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pendahulu kejuaraan CP130 berusia 17 tahun Kasma Daniel Kasmayuddin kekal mempersembahkan prestasi baiknya walaupun di bawah tekanan. Pelumba muda dari PETRONAS Yamaha Maju Motor telah berjaya mengemudikan motosikalnya untuk kemenangan kelima musim ini setelah menangkis serangan bertalu talu dari pelumba kelahiran Terengganu Ahmad Afif Amran, di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu pada Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix 2016 AAM Malaysia PETRONAS, yang berakhir semalam. WIRA- dari kiri, Shafiq, Helmi dan Qhuwarismi CP130-03 - Kasma (27) dan Ahmad Afif (50) Pertempuran di antara kedua-dua pelumba ini bermula sebaik sahaja perlumbaan akhir CP130 18 pusingan  itu dilepaskan. Afif cepat memengekori Kasma begitu rapat, menidakkan apa-apa peluang untuk penunggang muda untuk menjarakkan pimpinan beliau. Di belakang kedua-dua pendahulu perlumbaan ini, Ahmad Fazli Sham hilang kawalan dan tercampak dari motosikal, meninggalkan Kasma tanpa penghalang pelumba lain di belakang. Kedua-dua pelumba ini sering bertukar tempat di peringkat akhir perlumbaan sehinggalah Kasma melintasi garisan penamat dengan catatan masa 16'05.980s, hanya 0.275 saat di hadapan Afif. Rakan sepasukan Kasma, Abdul Muhaimin Roslan mendapat kedudukan ketiga dengan 16'15.282s selepas pertempuran yang sama hebat dengan Mohd Azhar Abd Jalil. "Ini merupakan perlumbaan paling sukar dalam tahun ini setakat ini.Gear saya tergelincir ketika Afif secara berterusan berada dalam bayang saya. Dalam keadaan tersebut, saya perlu memberi tumpuan keras untuk mengekalkan garis perlumbaan dan momentum saya," kata Kasma yang kini mendahului kelas CP130 dengan 125 mata. Ahmad Fazli Sham kekal di tangga kedua keseluruhan dengan 98 mata manakala Ahmad Fazrul Sham naik ke ketiga keseluruhan dengan 57 mata. CP115-05 Dari kiri, Amirul, Akid dan Md Azznil Dalam kategori CP115 pula, pasukan pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor Mohd Akid Aziz mempersembahkan prestasi yang amat baik untuk memenangi perlawanan akhir 15 pusingan dengan catatan masa 13: 43.049s. Bermula dari barisan kedua, Akid berjaya mencabar pelumba senior Tengku Amirul Haffiruddin, Amirul Ariff Musa dan Azroy Hakeem Anuar untuk mendahului pusingan pertama. Tengku Amirul memberikan persaingan sengit namun gagal menandingi pelumba Maju Motor tersebut yang cepat memperoleh pendahuluan perlumbaan pada Lap ke-2. Titik perubahan dalam CP115 Final ini berlaku pada Lap 8 apabila Azroy memintas Tengku Amirul di U-Turn ketika mereka sedang berjuang untuk kedudukan kedua menentang Amirul Ariff Musa. Perlanggaran dua pelumba itu telah membolehkan Amirul Ariff Musa untuk melepasi mereka manakala kerosakan mekanikal pula telah memaksa Tengku Amirul gugur daripada perlumbaan. Kejadian itu turut membawa Mohd Aznil Mohd Ali M Seki Liberty Honda ke dalam kumpulan terhadapan. CP115 Final berakhir dengan Mohd Akid Aziz memenangi kemenangan pertamanya musim ini dengan 13: 43.049s dengan Amirul Ariff Musa tempat kedua dengan 13'49.210s dan Mohd Aznil Mohd Ali menduduki tempat ketiga selepas memaksa Azroey Hakiem melakukan kesilapan pada pusingan akhir. WIRA-02 - Helmi Azman in action WIRA- dari kiri, Shafiq, Helmi dan Qhuwarismi Sementara itu, dalam kategori Wira, pasukan yang baru ditubuhkan IUGB AFB Tech Racing telah mengenepikan saingan mereka yang lebih besar apabila pelumba rookie mereka Mohd Helmi Azman menamatkan perlumbaan lampu-ke-benderanya secara konsisten berasa separuh saat lebih cepat daripada yang lain. Apabila bendera berkotak berkibar selepas Lap 12, Helmi telah mewujudkan jurang 3.635s di hadapan pelumba lain, dengan masa 11'02.966s. Pusingan 7 Kejuaraan 2016 PETRONAS AAM Cub Prix Malaysia akan berlangsung di Johor pada 3 September dan 4, 2016. Keputusan dan Kedudukan: CP130 1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 16'05.980s 2. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha 16'06.255s 3. Abd Muhaimin Roslan (SGR) Yamaha 16'15.282s 4. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Yamaha 16 '16 .581s 5. Md Khairul Ikhwan Ajis 16'18.357s (SGR) Yamaha kedudukan: 1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 125pts 2. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 98pts 3. Ahmad Fazrul Sham (PRK) Yamaha 57pts 4. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Yamaha 55pts 5. Md Hafiz Nor Azman (PRK) Honda 54pts CP115 1. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 13'43.049s 2. Md Amirul Ariff Musa (JHR) Honda 13'49.210s 3. Md Anil Md Ali (TRG) Honda 13'50.810s 4. Md Hafiza Rofa (TRG) Yamaha 13'51.268s 5. Ahmad Syukran Aizat 13'56.194s (TRG) Yamaha kedudukan: 1. Tg Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 90pts 2. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 86pts 3. Md Haziq Md Fairues (SGR) Yamaha 67pts 4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 61pts 5. Md Harith Farhan Baharin (TRG) Honda 60pts WIRA 1. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 11'02.966s 2. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 11'06.601s 3. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 11'06.802s 4. Md Amirul Ariff Ramlee (JHR) Yamaha 11'06.982s 5. Md Idil Fitri Mahadi 11'17.162s (SGR) Yamaha kedudukan: 1. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 133pts 2. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 103pts 3. Md Amirul Arif Ramlee (JHR) Yamaha 65pts 4. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 63pts 5. Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 55pts