Zaqhwan sertai Kejuaraan Suzuka 8-Hour Endurance

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Md Zaqhwan Zaidi akan berada di Jepun bagi menghadapi perlumbaan berprestij Kejuaraan Suzuka 8-Hour Endurance di Litar Suzuka yang berlangsung hujung minggu ini. Pelumba Givi Honda Yuzy racing itu akan bergandingan bersama pelumba Thailand, Ratthapong Wilairot dan pelumba Indonesia, Dimas Ekky Pratama di dalam pasukan Satu Hati Honda Team Asia. zaqhwan-04Penyertaan ini merupakan penyertaan pertama Zaqhwan di dalam saingan Suzuka 8-Hour manakala aksi kedua bagi Ratthapong dan Dimas yang turut beraksi menggunakan jentera CBR1000RR pada tahun lepas bersama seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman. "Saya agak teruja namun pada masa sama turut berasa gementar memandangkan ini kali pertama saya beraksi dalam kategori 8-Hour ini. Meskipun saya banyak kali beraksi di Suzuka dan pernah memenangi gelaran Suzuka 4-Hour pada tahun 2012, namun cabaran kategori 8-Hour sangat berbeza," jelas Zaqhwan yang tidak dapat meraikan sambutan Hari Raya Aidlilfitri baharu ini kerana menjalani latihan di Suzuka. Oleh itu pelumba negara berusia 21 tahun ini tidak akan beraksi di Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak pada 30 dan 31 Julai ini. Namun Zahqwan berpendapat ketiadaannya tidak akan menjejaskan persaingan di dalam pemburuan gelaran juara keseluruhan Kejuaraan Cub Prix. "Ahmad Fazli Sham dan Kasma Daniel Kasmayuddin begitu dominan pada tahun ini. Fazli kini mempunyai kelebihan 33 mata berbanding pencabar di kedudukan ketiga dan hanya boleh dicabar oleh rakan sepasukan, Kasma Daniel yang sekadar tiga mata di belakang. Bagi saya, kemungkinan yang ada ialah saya terlepas kedudukan di kelompok lima pelumba terbaik dan terpaksa bekerja keras untuk merebut kembali kedudukan pada saingan pusingan keenam nanti." zaqhwan-01