Gambar jelas Bumblebee dan Barricade dari Transformers baharu!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Laman web automotif dari Amerika Syarikat, AutoBlog, berjaya mengambil curi gambar-gambar Bumblebee yang membintangi filem Transformers kelima. Filem yang akan hanya muncul di layar perak bulan Jun tahun hadapan itu bertajuk Transformers: The Last Knight. Filem arahan Michael Bay itu memang mendapat sambutan hangat dan filem kelima dalam siri Transformers itu memang menjanjikan aksi menarik, apa lagi dengan kelibat dua kenderaan ini yang memang nampak agresif. Bumblebee menggunakan model Chevrolet Camaro baharu tetapi untuk filem Transformers, ia telah melalui proses modifkasi yang ekstrim dari segi luaran. Gril hadapan kini lebih besar dan melanjut ke bahagian bawah bamper sermentara ia juga kelihatan mempunyai sayap-sayap aerodinamik. Paling menarik, salah satu gambar itu menunjukan varian convertible untuk Bumblebee - Camaro tidak ada versi convertible lagi. Untuk robot Decepticon Barricade, ia menggunakan Ford Mustang yang diberikan sentuhan wide-bodykit, bar besi di hadapan dan sayap aluminium serta lampu-lampu siren, sesuai dengan wataknya sebagai kereta peronda polis. Barricade memang kelihatan sangat ganas dan agresif, walaupun ia sebenarnya tidak lari jauh dari model produksi Ford Mustang sekarang. Dan menurut AutoBlog, oleh kerana ia adalah fileh di bawah arahan Michael Bay, pasti akan ada adegan di mana kenderaan-kenderaan itu akan dimusnahkan dalam aksi yang sangat menarik. Tak sabar hendak menunggu Transformer! Untuk laporan AutoBlog, klik pautan ini, [gallery columns="2" size="medium" ids="13718,13720,13719,13721,13722,13723,13724,13727,13726,13725"]