Toyota buka cawangan 3S di Kuala Selangor

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) telah membuka satu lagi pusat 3S di negeri Selangor. Pusat 3S (jualan, servis dan alatganti) ini beroperasi di Kuala Selangor dan diusahakan oleh syarikat Target Orion Corproation Sdn Bhd. Majlis pembukaan dihadiri oleh Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota dan pengarah-pengarah Target Orion Corporation, Datuk Adam Khan Omar Khan dan Justin See Kok Wah serta pegawai-pegawai tinggi UMW Toyota. Target Orion telah menjadi pengedar Toyota sejak 12 tahun lalu, bermula dengan sebuah dewan pameran Toyota di Bangunan UMNO Kuala Selangor. Dalam tahun 2013, ia berpindah ke premis baharu dengan pelaburan sejumlah RM10 juta. Bangunan dua tingkat di atas kawasan seluas `.8 ekar itu mempunyai sebuah dewan pameran yang mampu memuatkan lima buah kenderaan. Ia juga mempunyai 10 petak servis dengan kemampuan untuk menyelenggara 17 kenderaan sehari. Sebelum ini, pemilik Toyota di kawasan Kuala Selangor terpaksa ke pusat servis di bandar Klang tetapi dengan premis 3S baharu ini, ia akan lebih memudahkan dan menjimatkan kos serta masa. Alamat pusat 3S Target Orion ini ialah di Lot 675 Seksyen 1, Pekan Assam Jawa, Kuala Selangor, Selangor. Untuk sebarang pertanyaan, telefon 03-3289 3636 (Jualan) atau 03- 3289 6636 (Servis). from left_Dato' Adam Khan, Director of Target Orion, Datuk Ismet Suki, President, UMWT, Mr Akio Takeyama, Deputy Chairman, UMWT, Mr Justin See, Director of Target Orion