Pusat servis 7 hari seminggu - CEO Proton

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Proton bakal memperkenalkan pusat servis 7-hari seminggu dalam usaha syarikat itu untuk menaikkan taraf kualiti selepas jualana mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Mohd Fuaad Kenali, beberapa pusat servis Proton di kawasan kepadatan tinggi akan dibuka selama tujuh sehari seminggu untuk memudahkan pelanggan menghantar kenderaan mereka untuk diservis.

"Kami juga bercadang untuk memastikan pusat servis itu mampu untuk memproses tuntutan waranti pada hari Sabtu dan Ahad juga. Selain dari itu, jumlah hoist juga akan ditambah untuk membenarkan lebih banyak kenderaan mampu diservis," terang beliau.

[caption id="attachment_13674" align="aligncenter" width="300"]Dato Fuaad_mug Datuk Mohd Fuaad Kenali, CEO Proton[/caption]

Fuaad seterusnya bersetuju bahawa perubahan drastik harus dilakukan untuk memastikan jenama Proton kembali kuat di pasaran.

"Kami faham perubahan bukan sahaja dari segi produk, tetapi dari segi mutu perkhidmatan. Kerana itu, kami bukan sahaja menambah masa operasi pusat servis, kami juga dalam proses menambah juruteknik di setiap pusat servis."

Fuaad kemudian menambah bahawa Proton sedang mengkaji semula struktur harga alatganti bagi semua model Proton. Tindakan ini sangat dialu-alukan kerana ia akan membantu merendahkan kos operasi pemandu teksi dan kos penyelenggaraan pemilik-pemilik Proton.