Kerajaan sasar 100,000 kenderaan elektrik pada 2020

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri di Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pihak kerajaan mensasarkan sejumlah 100,000 unit kenderaan elektrik akan digunakan di jalan-jalan di Malaysia menjelang tahun 2020.

Menurut beliau, sekarang ini cuma ada 891 unit kenderaan elektrik yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Penggunaan kenderaan elektrik sepenuhnya akan mengurangkan kos penyelenggaraan sebanyak RM5,000 setiap tahun," ujar Datuk Seri Mustapa ketika menghadiri  majlis pelancaran 12 buah motosikal elektrik oleh syarikat Tree Movement (M) Sdn Bhd.

[gallery columns="2" size="medium" ids="13692,13693"]

Mustapa seterusnya menggesa ramai lagi syarikat tampil untuk menghasilkan kenderaan elektrik bagi membantu kerajaan mengurangkan kadar pelepasan karbon negara.

MITI mensasarkan sejumlah 5,000 unit kenderaan e-motosikal akan terjual tahun ini, satu peningkatan yang sangat tinggi kerana tahun lalu hanya 100 unit kenderaan elektrik terjual.

Tree Movement melancarkan 12 model Treeletrik Eco-Bikes dan menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tree Movement, Michael Yap, dua model motosikal elektrik syarikat tersebut, T-90 dan T-Cargo akan mula diedarkan pada penghujung September nanti.

Model-model lain akan dilancarkan setiap enam bulan selepas itu..