KTM 1290 Super Duke GT kini tiba

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
[embed]https://youtu.be/gPnOEAZapeY[/embed] Dengan prestasi yang tiada tandingannya dan sistem bantuan penunggang canggih, KTM kelihatan menetapkan aras baharu jangkaan kelas Sports Touring motosikal apabila mereka memperkenalkan 1290 KTM 1290 Super Duke GT yang boleh anda dapati mulai Ogos ini. [video width="480" height="272" mp4="http://careta.my/wp-content/uploads/2016/07/VID-20160726-WA0006.mp4"][/video] 1290 SUPER DUKE GT_Action 09 KTM 1290 Super Duke GT ini dikatakan sebagai motosikal Sports Touring V-kembar yang paling laju di dunia. Dengan mengambil banyak sifat-sifat jentera kelas naked 1290 Super Duke R, penunggang kini boleh pergi lebih jauh dan lebih cepat dengan jentera yang dinaiktaraf ke peringkat seterusnya dari segi prestasi dan keselesaan. Masih kekal sebagai jentera sports KTM sebenar, GT ini seolah-olah menyepadukan keghairahan menunggang menyeronokkan, perjalanan jarak jauh yang selesa  dan kegunaan trek yang menakjubkan. 1290 SUPER DUKE GT_Action 08 Sejak ia diperkenalkan pada bulan November 2015 pada pameran EICMA Milan, dunia telah menunggu untuk melihat jika GT ini menepati janji spesifikasinya. Pelbagai tetapan elektronik yang ditawarkan oleh GT, seperti suspensi semi-aktif  dan mod tunggangan berbilang, kawalan cengkaman sensitif sudut (MTC) dan ABS gabungan. KTM 1290 Super Duke GT ini ditawarkan dengan ciri-ciri standard yang termasuk kawalan pelayaran elektronik, quickshifter untuk peralihan gear, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), genggaman boleh dipanaskan, lampu utama LED yang digabungkan dengan penunjuk LED dengan pembatalan automatik. 1290 SUPER DUKE GT_Action 03 Tangki bahan api 23 liter  menyediakan keupayaan jarak jauh sewajarnya, dan bahagian sub-kerangka belakang dilanjutkan dan bersepadu dengan cangkuk sistem bagasi pilihan, pelana yang selesa dan ketinggian penghadang angin boleh laras. Di samping itu, pilihan kawalan cenuram bukit Hill Hold Control (HHC) dan kawalan gelinciran enjin Motor Slip Regulation (MSR) turut dibekalkan bagi menghalang roda belakang daripada kehilangan cengkaman sekiranya penunggang menutup pendikit atau menarik klac apabila menurunkan gear. KTM 1290 Super Duke GT ini akan ditawarkan pada harga asas RM118,000.00 1290 SUPER DUKE GT_Action 07 1290 SUPER DUKE GT_Action 02