MAI akan bantu tentukan ujian piawaian untuk diesel B10

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Isu pengenalan diesel B10 menjadi berita utama bulan lalu bila Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MTIC) mahu melancarkan penjualan diesel B10 bagi menggantikan diesel sekarang ini. Usaha tersebut dikecam hebat oleh industri automotif negara yang rata-rata berkata ia dilakukan tanpa persetujuan mereka. Menurut pemain industri, minyak diesel B10 masih tidak diketahui kesesuaiannya dengan enjin yang ada dan ini akan menimbulkan masalah waranti kepada pengguna (baca laporan terdahulu Careta di sini) http://careta.my/?p=12000 Agensi di bawah MITI, Malaysia Automotive Institute atau MAI, bertindak untuk membantu MTIC dan juga pemain industri automotif untuk mencapai jalan tengah sebelum diesel B10 dilaksanakan. Menurut rakaman temuramah antara Bloomberg Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif MAI,Datuk Madani Sahari, pihak MAI akan membantu MTIC dalam mengadakan perbincangan untuk mencapai kata sepakat dalam ujian kesesuaian diesel B10 dan enjin-enjin kenderaan diesel yang dijual di dalam negara. Bloomberg seterusnya menyoal kenapa isu ini lambat dilakukan di Malaysia kerana di Indonesia sudah terjual diesel B20, yang mempunyai kandungan asas sawit lebih tinggi dari B10. Madani seterusnya menerangkan bahawa di Indonesia, walaupun diesel B20 dijual di Indonesia, negara tersebut masih menjual diesel biasa. Ini tidak menimbulkan masalah kerana pemilik kenderaan mempunyai pilihan. Madani menegaskan MTIC akan tetap menjadi agensi kerajaan yang memegang teraju di dalam pelaksanaan diesel B10 di Malaysia tetapi MAI akan membantu menghasilkan ujian-ujian dan piawaian khas untuk memastikan B10 ini boleh digunakan dengan selamat di Malaysia. "Ujian-ujian yang dilakukan tidak mendapat pengiktirafan dari syarikat-syarikat kenderaan di Malaysia. Sebenarnya tiada piawaian antarabangsa mengenai ujian diesel B10 untuk diguna-pakai. MAI akan membantu syarikat kenderaan dan MTIC dalam urusan ini agar satu piawaian boleh dilaksanakan," terang Madani. Beliau seterusnya berkata implementasi B10 akan dilakukan dalam masa beberapa bulan lagi. Ikuti video wawancara antara Bloomberg Malaysia dan MAI.