Mini JCW Pro Edition terima tambahan kuasa dan sistem ekzos berapi - hanya 20 unit di Malaysia

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mini Malaysia telah melancarkan Mini JCW Pro Edition dan hanya 20 unit sahaja yang ada untuk dijual. Mini JCW Pro Edition ialah varian Mini 5-pintu yang paling berkuasa dan paling "bingit" pernah dibina dan menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun, versi John Cooper Works (JCW) ini tampil lebih bergaya dan memiliki keghairahan sebenar kepada gaya hidup aktif. “Sama ada ketika mengambil selekoh tajam apabila memandu ke seluruh negara atau menawarkan prestasi garang di atas litar lumba, jentera ini menyerlahkan kualiti pengendalian seperti sebuah go-kart yang cukup sinonim dengan MINI. Namun, ia juga sebuah kereta yang praktikal untuk kegunaan harian,” terang beliau. [gallery size="medium" columns="2" ids="13662,13663"] Penambahan yang dilakukan oleh Mini untuk varian JCW Pro Edition ialah:
  • Aerodynamic Kit termasuk splitter hadapan, skirting sisi, bamper belakang dan spoiler belakang. Semuanya diuji dari segi aerodinamik
  • Rim aloi Mini JCW Pro Cross-Spoke 18-inci berwarna hitam dengan tayar run flat yang mampu bergerak sejauh 80 km pada kelajuan 80 kmsj dalam keadaan tayar pancit.
  • Mini JCW Pro Roof Decor atau pelekat (sticker) grafik berpetak merah dan hitam pada bumbung
  • Sarung cermin sisi dari Mini JCW Pro
  • Tempat pemijak kaki dari Mini JCW Pro side scuttles.
  • Mini JCW Pro Tuning Kit yang meningkatkan kuasa enjin dari 192hp ke 211 hp dan tork dari 280 Nm ke 300 Nm.
  • Sistem ekzos Mini JCW Pro Valve Silencer lengkap dengan kemasan hujung paip ekzos dari carbon fibre.
  • Sistem ekzos datang dengan dua mod - Sport dan Track
  • Exhaust flaps atau injap ekzos yang mampu menghasilkan api dan bunyi yang sangat garang - boleh dikawal menggunakan sistem Bluetooth 4.0
  • Mini JCW Pro Edition datang dalam warna hitam metalik sahaja
  • Mini JCW Pro Edition turut menawarkan pakej Waranti Tanpa Had Perbatuan dan Pakej Servis Berjadual Percuma
Di bawah ialah harga runcit aksesori JCW Pro Edition (tanpa caj upah pemasangan) Harga runcit Aksesori MINI JCW Pro tidak termasuk pemasangan ialah:
  • MINI JCW Pro Aerodynamic Kit - RM 16,283.43
  • MINI JCW Pro Tuning Kit with Valve Silencer System - RM 10,000.00
  • MINI JCW Pro Carbon Tailpipe Trim - RM 3,000.00
  • MINI JCW 18” Cross-Spoke Light Alloy Wheels in Jet Black - RM 14,858.00
  • MINI JCW Pro Roof Décor - RM 650.00
  • MINI JCW Pro Wing Mirror Caps - RM 690.00
  • MINI JCW Pro Side Scuttles - RM 690.00
Harga jualan MINI JCW Pro Edition baharu (di atas jalan untuk pendaftaran peribadi, tidak termasuk insurans) ialah: RM255,888.00