Harley-Davidson Kuala Lumpur anjur majlis Hari Raya

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Harley-Davidson Kuala Lumpur kelmarin melangsungkan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin dan para pemilik Harley-Davidson di sekitar Lembah Kelang. Ratusan pemilik yang hadir turut melihat model-model baharu Harley-Davidson dan juga sempat membeli-belah di butik Harley-Davidson yang menawarkan diskaun sehingga 60 peratus. Sekiranya anda pengumpul T-Shirt, T-Shirt jenama Harley-Davidson ialah antara yang popular untuk dijadikan koleksi kerana setiap cawangan akan menghasilkan T-Shirt mereka sendiri. Di Malaysia, kita mempunyai empat cawangan Harley-Davidson, iaitu di Petaling Jaya, di Pulau Pinang dan di Johor Bahru dan satu lagi butik di KLCC. Semuanya menghasilkan T-Shirt mereka sendiri.   [gallery size="medium" ids="13649,13650,13651,13652,13653,13654,13655,13656"]