SPAD anjur pelan industri teksi baharu - bakal lihat permit individu dan teksi dari Perodua

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan oleh Shahrim Tamrin dari akhbar The Sun hari ini membuktikan bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau SPAD mempunyai perancangan rombakan besar untuk skim Teksi 1Malaysia (Teksi1M).

Di bawah ialah antara butiran yang Careta faham mengenai pelan rombakan tersebut.

  • Malaysia mempunyai 77,000 permit teksi dan hanya 40 peratus dari itu ialah permit persendirian.
  • Syarikat teksi yang ada sekarang menggunakan sistem pajak di mana pemandu teksi membeli kenderaan baharu sebagai teksi dari syarikat berkenaan dan membayar sewa untuk permit, menaikkan kos operasi pemandu teksi.
  • Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah, SPAD bercadang untuk menghapuskan sistem pajak yang dijalankan oleh syarikat teksi sekarang ini dan pemandu teksi yang cemerlang akan diberi permit individu dan dana diberikan untuk tujuan membeli kenderaan teksi baharu.
  • SPAD mahu pemandu teksi diberi pilihan untuk bekerja sendiri atau bekerja dengan syarikat teksi.
MYVI TEKSI
  • Di bawah cadangan rombakan skim Teksi1M baharu, kenderaan sedan dan hatchback turut boleh dijadikan teksi. Antara kenderaan yang bakal dibenarkan ialah Proton Iriz, Perodua Myvi, Perodua Axia dan Perodua Bezza.
  • Kesemua cadangan ini adalah antara 11 perangkaan baharu SPAD dalam dasar transformasi sistem perkhidmatan teksi dan implimentasi perkhidmatan e-hailing.
  • Kali terakhir SPAD mengeluarkan permit teksi individu ialah dalam tahun 2013 di mana 2,000 permit telah diberikan under fasa pertama Teksi1M. Apa yang dilakukan ialah permit-permit yang tidak aktif telah ditukarkan menjadi permit individu dan bukan penambahan permit baharu.
  • SPAD juga merancang untuk memperkenalkan kontrak perkhidmatan kepada syarikat teks, yang termasuk juga laporan KPI dan lebih faedah kepada pemandu teksi.
  • SPAD mahu menghasilkan hubungan majikan-pekerja yang lebih baik dan syarikat teksi terpaksa membuat tawaran pakej yang lebih baik agar pemandu teksi terus bekerja dengan mereka.
  • Enam syarikat teksi yang sedang beroperasi dikatakan sedang dalam perbincangan untuk bergabung dalam menangani persekitaran industri teksi yang baharu ini.
  • Menurut sumber The Sun dari Kementerian Pengangkutan, permit individu turut akan diberikan kepada mereka yang berdaftar dengan syarikat e-hailing seperti Grab dan Uber.
  • Dalam tempoh 36 bulan akan datang, sebanyak 150,000 permit individu baharu akan dikeluarkan. Ia merangkumi pemandu-pemandu dari teksi konvensyenal, Uber, Grab, Cab 2GO dan pelbagai lagi pemandu dari aplikasi lain.
  • Namun begitu institusi insurans dan keawangan masih belum ada kata putus mengenai kenderaan awam ditukar menjadi teksi modern.
  • Kerajaan juga perlu menyelesaikan masalah cukai dengan syarikat Uber kerana sekarang ini aplikasi Uber direka agar bayaran melalu kad kredit atau debit dilakukan terus ke ibupejabat mereka di Eropah, bukan di Malaysia dan ini menyebabkan Uber tidak dapat dicukai sepenuhnya oleh kerajaan.

Laporan penuh dari The Sun boleh dibaca di pautan ini.