Pengeluaran TVS Akula dipercepatkan

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Segmen sub-400cc kini mulai menghangati peringkat antarabangsa, dan para pengeluar telah mula menawarkan pelbagai model yang menarik. Gambar di bawah merupakan motosikal TVS Akula 310, motosikal sports 310cc syarikat India yang berkongsi platform dengan BMW G310R. TVS-Akula-310-race-bike Akula 310 mungkin tidak akan mendarat ke bumi Malaysia, Amerika Syarikat mahupun Eropah namun ia memberikan kita sedikit gambaran tentang apa yang akan ditawarkan oleh BMW Motorrad dalam model sesaran rendahnya. Seperti yang anda boleh lihat, TVS Akula 310 adalah agak menarik, dan telah mendapat sambutan yang kuat dari peminat motosikal sejak kemunculan sulungnya pada bulan Februari lepas. TVS kini telah mempercepatkan garis masa projek ini, dan Akula 310 kini mungkin akan dimulakan pengeluarannya pada akhir tahun ini, sebagai model 2017 (kononnya dinamakan semula sebagai TVS Apache RTR 300). tvs-akula-310 side Ini juga akan merupakan petanda baik untuk peminat BMW, yang akan dapat melihat motosikal sports 34hp berupa seperti Akula, yang dihiasi dengan tanda biru dan putih BMW Motorrad, dalam masa lebih cepat dari jangkaan awal. Umum mengetahui bahawa BMW merancang untuk menggunakan platform satu silinder bagi motosikal jalanan 310cc untuk pelbagai jentera, termasuklah jangkaan motosikal sports fairing penuh dan juga motosikal adventure kecil yang amat dijangka secara meluas oleh industri motosikal. Persoalannya, adakah BMW (mungkin TVS sebenarnya...) agak sedikit lewat untuk memasuki arena sesaran kecil, di mana motosikal seperti Kawasaki Ninja 300, KTM 390 Duke, dan Honda CBR250RR tidak lama lagi telah mengatasi angka 34hp yang disebut-sebut oleh BMW & TVS? [caption id="attachment_13632" align="alignnone" width="1037"]BMW G 310 R (K03) BMW G 310 R (K03)[/caption]