Rossi dan GoPro bawa dimensi baharu

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Tak dinafikan, kamera aksi GoPro semakin digemari ramai sebagai sebuah kamera aksi berkualiti yang mampu milik. GoPro baru-baru ini telah membawa beberapa inovasi sebenar untuk liputan acara sukan seperti Tour de France. Kini, melalui penempatan kamera dan pengaruh nama besar dalam sukan itu, liputan yang sama turut digunakan di MotoGP. [embed]https://youtu.be/2VJiqFmDW4o[/embed] GoPro telah menandatangani perjanjian dengan Valentino Rossi bagi menaja atlet profesional itu baru-baru ini, sewaktu hujung minggu lepas di Grand Prix Jerman. Mudah-mudahan, ini akan meluaskan liputan MotoGP untuk tahun akan datang dan menambah perspektif baru yang dinamik untuk berhubung dengan peminat baru. Rossi dengan Hero4 yang dipasang di dadanya untuk perlumbaan akan datang? Menarik!!