Subaru Levorg dan Subaru XV Crosstrek diperkenal

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia telah melancarkan dua model terbaharu mereka yang merupakan Subaru Levorg dan Subaru XV Crosstrek. Model model baharu ini telah dipamerkan di Centre Court, Mid Valley Megamall, Bangsar, Selangor dari 20 hingga 24 Julai 2016 lepas. Subaru Levorg 1.6GT-S Nama 'Levorg' berasal daripada gabungan tiga perkataan Inggeris iaitu  'Legacy', 'Revolusi' dan 'Touring', sebagai menggambarkan penawaran sebuah kenderaan yang menggabungkan prestasi dan praktikaliti pengembaraan dengan reka bentuk yang bergaya dan rasa sporti pemanduan sebuah kereta. levorgLevorg_021 Ciri-ciri Subaru Levorg serba baharu: Enjin boxer Subaru 1.6 liter Suntikan Terus Turbo (DIT) Boxer yang baru dibangunkan Reka bentuk kembara sports yang menarik dan bergaya dengan kapasiti bebanan yang tinggi Subaru Levorg didatangkan dengan enjin boxer 1.6GT-S - 1.6 liter 4-selinder DIT, pacuan semua roda bersimetri (Symmetrical All-Wheel Drive) Ia ditawarkan pada harga RM199,720 bagi Semenanjung Malaysia dan RM202,944 bagi Malaysia Timur (harga-atas-jalan dengan GST tidak termasuk insurans) Subaru berbangga dengan pendekatan unik mereka dalam menggabungkan ciri sports dan prestasi kembara dalam satu kenderaan.  Levorg 'Innovative Tourer' serba baharu ini merupakan hasil komitmen berterusan Subaru dalam menawarkan pelanggan dengan sebuah kenderaan mewah dan luas yang mampu menawarkan pemanduan jarak jauh yang bersemangat. Diilhamkan dari enjin EJ25 (2.5L NA) yang digunapakai dalam Subaru Legacy  2.5i, jurutera Subaru berusaha untuk membangunkan enjin yang lebih berprestasi dengan penjimatan bahan api yang lebih baik. Enjin boxer DIT dengan konfigurasi melintang-bertentang 1.6 liter ini menawarkan gabungan keseronokan memandu laju dan prestasi bahan api yang luar biasa iaitu pada 7.4 liter/100km. Kecekapan bahan api dipertingkatkan oleh Subaru dengan penggunaan julungkali DIT pada sebuah enjin bersesaran rendah. Kelewatan kuasa turbo juga hampir tidak wujud dengan tork puncak 250nm dijana serendah 1,800 rpm sehingga ke tahap 4,800rpm. Levorg tampil anggun dengan gaya kembara sports, namun masih mampu menawarkan ruang kargo yang penuh fungsi dan luas, yang direka dengan kepakaran yang diperolehi daripada pengalaman bertahun tahun Subaru dalam membangunkan kenderaan wagon. Sambil mengekalkan saiz luaran yang tampak lincah, Levorg menawarkan ruang kargo terbesar, iaitu sebanyak 522 liter melalui kejuruteraan inovatif Subaru. Bahagian hadapannya menampilkan jeriji heksagon dan lampu mata helang Subaru yang unik. Ciri menarik yang lain termasuklah bahagian dalamannya yang berkualiti dengan ketelitian yang nyata walaupun pada bahagian-bahagian kecil, kegunaan utiliti yang dipertingkatkan secara maksimum, keselesaan memandu kelas pertama, dan pengalaman stereng yang menyeronokkan. Levorg 1.6GT-S dilengkapi dengan bantuan suluhan lampu High Beam Assist yang mengalihkan pencahayaan tinggi dan rendah secara automatik mengikut keadaan jalan raya pada kelajuan 35kmj ke atas bagi meningkatkan penglihatan waktu senja. Kedua-dua ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif dalam Levorg juga telah dipertingkatkan. Subaru telah memperbaiki dan menaik taraf simetri AWD bertahun tahun lamanya. Gabungan Simetri AWD dengan sistem maju kawalan dinamik kenderaan  Vehicle Dynamics Control (VDC) dan pemvektoran tork aktif Active Torque Vectoring (ATV), keselamatan keseluruhan kenderaan yang luar biasa telah mampu dicapai dalam menyediakan pemanduan yang selamat dan meyakinkan. Hasilnya, pengendalian Levorg adalah tangkas dan lincah dalam semua keadaan jalan raya. Selain itu, Levorg juga dipasang dengan amaran hentian kecemasan Emergency Stop Signal yang menyalakan lampu amaran bahaya agar berkelip cepat apabila kenderaan membuat penurunan kelajuan mendadak dari kelajuan tinggi. Ia juga memberi amaran pendekatan pesat dan risiko perlanggaran kepada kereta di belakangnya. Untuk melindungi pejalan kaki, hud depan dan dinding sekat dibina dengan struktur serapan impak dan bahan penyerap impak diletakkan di bahagian enjin.   Subaru XV Crosstrek dan Subaru XV 2.0i Crosstrek-Premium serba baharu XV Crosstrek PDF Subaru XV Crosstrek dan Subaru XV 2.0i Crosstrek-Premium serba baharu Subaru XV Crosstrek baharu tampil dengan visual estetik yang menakjubkan bagi meningkatkan Subaru XV ke satu aras yang lebih tinggi lagi. Kenderaan crossover yang dinamik ini datang dengan enjin boxer 2.0 liter empat silinder mendatar-bertentang yang menghasilkan 150PS kuasa kuda, 196Nm tork namun mampu mengekalkan ekonomi bahan api dengan penggunaan hanya 7.9 liter bagi setiap 100km dan pengendalian khusus simetri Subaru AWD. Didatangkan dalam pakej sports-mewah, model ini dilengkapi dengan pakej aksesori XV Crosstrek yang eksklusif, seperti spoiler depan bawah, spoiler sisi bawah, spoiler belakang bawah, spoiler bumbung, kerusi edisi kulit eksklusif Crosstrek dan pelapik permaidani. Subaru XV Crosstrek serba baharu ini boleh didapati dalam dua varian iaitu 2.0i dan 2.0i-Premium. Harga pengenalannya bermula daripada RM119,500 bagi Semenanjung Malaysia dan RM122,570 bagi Malaysia Timur (harga-atas-jalan dengan GST, tidak termasuk  insurans) Subaru Levorg serba baharu dan Subaru XV Crosstrek baharu kini boleh ditempah di semua bilik pameran Subaru di seluruh Malaysia mulai 20 Julai 2016. xv-silver-mountain-and-road-1640-575_0