BMW R1200GS Hibrid dengan pacuan roda depan bebas

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hibrid menakjubkan dari BMW ini telah dilancarkan pada pameran motosikal EICMA Milan -  ia nya lain dari apa yang pernah kita lihat. Wunderlich_HybridGS_09 Seperti dengan jentera 'hibrid' lain, GS ini berenjin petrol konvensional tetapi  dengan tambahan motor elektrik 7.6-kilowatt yang mendorong roda DEPAN. Motosikal ini buat julung kali nya dipasang dengan motor pemacu elektrik pada roda depan nya, yang boleh digunakan sama ada untuk memacu motosikal secara sendirian atau bekerja seiring dengan enjin petrol. Sistem ini dikawal melalui beberapa suis yang dipasang di bahagian atas penutup tangki minyak yang mengawal motor pacuan roda depan itu. Wunderlich_HybridGS_10 Motor elektrik ini begitu kuat hinggakan jika dengan enjin petrol dimatikan, unit pacuan roda depan mampu menggerakkan motosikal sehingga 20kmj. Ia juga boleh berfungsi sebagai gear undur sehingga 3kmj! Sistem motor elektrik ini begitu maju sehinggakan ia mampu menjana semula tenaga regeneratif. Setiap kali anda menekan brek depan anda, berputar untuk mengecas semula bateri motor elektrik ini. Dan apabila ia digunakan bersama dengan enjin petrol, ia seperti sistem pacuan  dua roda yang tulen, untuk membantu tunggangan melalui rupa bumi yang amat sukar. Sistem kuasa roda depan ini dibina dengan kerjasama oleh syarikat Itali E-volt. Dan yang paling menarik, ia nya telah pun dibina prototaip nya dan  diuji secara sebenar, dan bukan sekadar idea atas kertas sahaja!! Wunderlich_HybridGS_11