PANDU UJI - Subaru Forester 2.0iP - Mengasyikkan

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Masih ramai yang apabila disebut berkenaan kenderaan Subaru, perkara pertama yang tercetus dalam fikiran adalah kereta sport dengan deruman bunyi kuat dan ganas. Memang betul, kenderaan sport Subaru mempunyai reputasi tersendiri tetapi persepsi ini begitu kuat sehingga melenyapkan pemikiran orang ramai terhadap kenderaan 'biasa' lain Subaru. Kenderaan sport sebenarnya berada dalam segmen yang lebih tertumpu dan mempunyai bilangan yang kecil. Bagi segmen yang lebih besar, untuk orang kebanyakan pula, selain XV, Subaru Forester seperti yang kami tampilkan ini adalah antara yang terbaru tiba di Malaysia. Subaru Forester 2.0iP-6 Secara keseluruhannya, Motor Image Malaysia Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan Subaru di Malaysia menawarkan tiga varian Forester baharu ini iaitu 2.0i, 2.oiP dan 2.0XT (turbo). Model yang kami guna selama beberapa hari ini adalah dari varian 2.0iP dan sebelum pergi lebih lanjut, mari kita lihat terlebih dahulu secara ringkas spesifikasinya.
  • Enjin- 1,995cc, 4 silinder melintang (boxer), DOHC 16 Valve, Petrol
  • Transmisi- Automatik Lineartronic CVT, AWD
  • Kuasa Maksimum- 150PS @ 6,200rpm
  • Tork maksimum- 198Nm @ 4,200rpm
Jika anda melihat pada spesifikasi ini, Forester 2.0iP nyata bukanlah sebuah kenderaan prestasi - enjin tiada turbo dan transmisi pula unit CVT. Tetapi ia ada kelebihan lain - kelancaran padanan kuasa serta pengendalian kereta ini sungguh mengasyikkan. Daripada aspek kuasa, ia sebenarnya mencukupi. Anda tidak perlu bersusah payah menekan pedal untuk bergerak sama dengan trafik kebanyakan mahupun memotong. Cuma, apabila anda berada dalam kelajuan tinggi, dan ingin memotong dengan cepat, masa itu barulah anda perlu menekan pedal sehabisnya. Sementara itu, apabila anda terasa seperti memerlukan tindak balas lebih cepat, anda boleh memilih mod Sport yang boleh diaktifkan dengan menekan butang di stereng. Subaru Forester 2.0iP-8 Perkara yang buatkan kami jatuh hati pada Subaru Forester 2.0iP
  • Penyampaian kuasa lancar dan mencukupi
  • Mudah dikendali termasuk dalam bandar
  • Suspensi dan pengendalian mantap - boleh berhadapan selekoh dengan kelajuan tinggi dan kekal stabil
  • 'Paddle shifter' untuk kawalan gear, walaupun sebenarnya menggunakan transmisi CVT
  • Sistem serba mudah (sistem tanpa kunci, sistem hiburan dan lain-lain)
  • Butang X-Mode memudahkan pengguna apabila ingin 'offroad'. Kuasa akan disampaikan secara automatik kepada keempat-empat tayar, yang mana memerlukan, bagi mengelakkan gelinciran dan ciri 'Hill Descent Control' juga aktif secara automatik apabila turun bukit pada kelajuan rendah.
  • Tempat duduk belakang boleh dilipat dengan menekan butang
  • Sistem keselamatan pelbagai
Terdapat stereotaip yang menyatakan kenderaan dengan enjin 'Boxer' biasanya akan kuat menggunakan minyak. Walaubagaimanapun, bagi Forester ini, kami tidak berpendapat ia sebegitu. Memang, penggunaan bahan api sebenarnya bergantung pada cara pemanduan itu sendiri, tetapi apa yang boleh kami katakan, walaupun tidak begitu mensasarkan catatan yang baik dan dipandu seperti biasa, kami masih boleh mendapat sekitar 10L/100km manakala apabila 'bergegas' ia boleh naik sehingga 12.2L/100km. Subaru Forester 2.0iP-17 Turut ingin dinyatakan, Subaru Forester 2.0i-P ini adalah kenderaan pemasangan tempatan (CKD) yang boleh dipuji kualitinya- dan boleh dilihat pada binaan serta kemasannya. Saksikan lagi gambar Subaru Forester 2.0i-P ini di dalam galeri serta spesifikasi ini dan anda boleh melihat sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dinikmati oleh pemiliknya. Jika anda seorang yang mementingkan prestasi dan pecutan memberangsangkan, anda mungkin boleh memilih varian lebih tinggi iaitu Forester 2.0XT, yang dilengkapi enjin turbo dan diimport terus dari Jepun. Bagi kami, varian 2.0i-P ini sudah memadai untuk pemilikan jangka masa panjang dan kegunaan kerap. Kami juga boleh menyatakan ia bukanlah sebuah kereta yang membosankan. Seperti yang kami dapati daripada pemanduan 'offroad' di Thailand, dan kereta ini 'dibelasah' tanpa belas (dengan izin penganjur) di laluan pasir. https://www.youtube.com/watch?v=fG09sJbmjRY Sekiranya berminat, anda mungkin mahu melawat laman web Subaru www.subaru.asia/my/en/vehicles/forester atau terus ke pusat pameran mereka kerana diskaun harga pengenalannya mungkin masih ada. Screen Shot 2016-06-07 at 03.14.47 [caption id="attachment_10982" align="alignnone" width="736"] Harga di Semenanjung Malaysia.[/caption] [gallery ids="10945,10951,10950,10947,10948,10949,10952,10946,10954,10955,10956,10957,10958,10959,10960,10961,10962,10963,10964,10965,10966"]