Rossi menang lagi

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Rossi kembali ke tangga teratas podium selepas prestasi yang cemerlang di Circuito de Barcelona-Catalunya semalam bagi kemenangan keduanya musim ini. Bermula daripada tempat kelima pada grid permulaan, Rossi  turun ke tangga kelapan namun segera bertindak lincah untuk memintas kumpulan hadapan. Akhir pusingan pertama menyaksikan beliau dihadapan Hector Barbera dan Andrea Dovizioso. Berada di tempat keenam ketika melintasi garisan buat pertama kali, Rossi mara memintas Maverick Vinales dan Andrea Iannone dengan satu gerakan yang tangkas dan kemudiannya meragut tempat ketiga dari Dani Pedrosa dengan berbaki 22 pusingan. Beliau tidak lama kemudian merapati bahagian belakang motosikal lawannya  Marc Marquez, dan lancar memintas pelumba Sepanyol itu pada pusingan keenam sebelum memotong rakan sepasukannya Lorenzo bagi mendahului pada pusingan berikutnya. Tangkas mengorak langkah, namun tidak dapat melepaskan diri dari Marquez, dan pengakhir perlumbaan telah menyaksikan perjuangan sengit di antara kedua-dua pelumba utama ini. Marquez telah memotong angin untuk berada di hadapan, tetapi Rossi bangkit untuk memintas Marquez apabila pelumba Sepanyol itu meninggalkan ruang pada selekoh ketujuh dengan perlumbaan berbaki dua pusingan.  Rossi menunggang ke arah kemenangan keduanya musim ini, dengan kelebihan 2.652s di garisan penamat. Lorenzo yang sedang mengharapkan kutipan mata penting untuk kejohanan itu, terkeluar setelah Andrea Iannone memancung laluannya pada  sembilan pusingan sebelum akhir perlumbaan, dan menyebabkan kedua-duanya terkeluar dari perlumbaan. Tempat pertama Rossi kali ini membolehkan dia berada di tempat ketiga kedudukan kejuaraan dengan 103 mata, kini hanya 12 mata di belakang Lorenzo, sementara Marquez masih mendahului dengan 125 mata. MYMm__MC56654 MYMm__G018139 MYMm__G017733 Keputusan perlumbaan MotoGP 1    Valentino ROSSI 2    Marc MARQUEZ    +2.652 3    Dani PEDROSA    +6.313 4    Maverick VIÑALES    +24.388 5    Pol ESPARGARO    +29.546 ----- Pendahulu pasukan persendirian 5 -  Pol Espargaró (SPA)   YAMAHA + 29.546 Mata keseluruhan Pos.    Pelumba        Jentera    Negara    Mata 1    Marc MARQUEZ    Honda    SPA    125 2    Jorge LORENZO    Yamaha    SPA    115 3    Valentino ROSSI    Yamaha    ITA    103 4    Dani PEDROSA    Honda    SPA    82 5    Maverick VIÑALES    Suzuki    SPA    72