Hafizh keempat di Catalunya

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pelumba Program Pembangunan Bakat Petronas, Hafizh Syahrin mempersembahkan satu lagi prestasi membanggakan dengan penyudahan tempat keempat di Catalan Grand Prix pada 5 Jun 16 manakala pelumba wildcard, Ramdan Rosli berjaya menyudahkan perlumbaan di tangga ke-19. Hafizh yang bermula dari petak ke-13 (baris kelima) menghabiskan sebahagian besar perlumbaan 23 pusingan itu berjuang dengan para pendahulu perlumbaan sebelum dia berjaya memintas Thomas Luthi pada pusingan akhir untuk menduduki keempat, menyamai keputusan terbaik musim ibi sewaktu pusingan pembukaan di Qatar pada bulan Mac lepas. Sementara itu Johann Zarco menunggu sehingga agak lewat untuk mengambil bendera kemenangan dalam masa 42'31.347s, menewaskan Alex Rins dan Takaaki Nakagami yang turut ke podium dengan masing masing mencatat 42'36.627s dan 42'40.660s. Hafizh mengutip 13 mata daripada perumbaan ini untuk mara ke tangga kelima dalam kedudukan kejohanan dunia Moto2 dengan 60 mata dengan Alex Rins mendahukui senarai dengan 116 mata. "Motosikal saya terasa sempurna dan ini membolehkan saya menguruskan perlumbaan ini dengan baik," kata Hafizh seleps perlumbaan itu. " Kami berasa sedikit bimbang pada awalnya dengan suhu litar yang tinggi tetapi segala-galanya ternyata baik akhirnya." "Hafizh menunjukkan kesabaran beliau untuk terus berusaha dan berjuang sehingga akhir," kata pengurus pasukan PETRONAS Raceline Malaysia, Barry Leong. " Ia satu perlumbaan yang sengit sepanjang jalan selepas dia melonjak ke tempat kelima di selekoh pertama. Kami gembira dengan keputusan ini dan Hafizh serta pasukan ini telah melakukan kerja yang hebat untuk hujung minggu ini." PETRONAS Raceline Malaysia at the Catalunya Grand Prix Keputusan perlumbaan Moto2 1. Johann Zarco (FRA) 42'31.347s 2. Alex Rins (SPA) 42'36.627s 3. Takaaki Nakagami (JPN) 42'40.660s 4. Hafizh Syahrin 42'42.124s (MAS) 5. Thomas Luthi (SWI) 42'42.308s Kedudukan Keseluruhan Moto2 1. Alex Rins (SPA) 116 mata 2. Sam Lowes (GBR) 108 mata 3. Johann Zarco (FRA) 106 mata 4. Thomas Luthi (SWI) 93 mata 5. Hafizh Syahrin (MAS) 60 mata Hafizh Syahrin in action at the Catalunya Grand Prix