PANDU UJI - Hyundai Tucson 2.0L Executive 2016 (dari RM133,888) - Lebih gah!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jenama dari Korea sering dikatakan menjadi pilihan kedua selepas syarikat-syarikat Jepun.

Sebenarnya, hanya mereka yang kurang arif sahaja berfikiran begitu kerana di Eropah, jenama Korea kini setaraf dengan jenama Jepun. Malah, di beberapa negara, ia pilihan utama jenama Asia dan mengalahkan gergasi Jepun.

Antaranya ialah Hyundai, yang sebenarnya juga memiliki Kia. Hyundai dianggap salah satu jenama termasyhur dunia dan menghasilkan produk-produk bermutu dan lasak. Di Malaysia, produk Korea juga bukan yang paling murah. Harga sudah ditingkatkan selaras dengan teknologi canggih yang dilengkapkan pada model-model Korea itu.

Hyundai Tucson 2016-4

Salah-satu produk Hyundai yang popular di seluruh dunia ialah Hyundai Tucson, sebuah SUV dalam segmen C yang bersaing dengan model-model seperti Honda CR-V, Nissan X-Trail, Mazda CX5, Toyota RAv4, Ford Kuga, Peugeot 3008 dan banyak lagi.

Tucson versi terkini telahpun selamat dilancarkan di Malaysia oleh wakil pengimport dan pengedar rasmi Hyundai, Hyundai Sime Darby Motors.

Careta sempat hidup selama empat hari bersama Tucson terbaharu. Ikuti kisah pengembaraan Careta kali ini.

  • Generasi ketiga Tucson ini semakin besar dan dari segi rekabentuk, kami kira ia setaraf, jika tidak jauh lebih cantik dari rekaan Jepun yang lain. Ini ialah hasil dari pelaburan Kumpulan Hyundai yang mengambil pereka terkemuka Eropah, Peter Schreyer, yang kini telah dinaikkan pangkat dan menjadi salah seorang Presiden Kumpulan Hyundai-Kia - pertama kali seorang asing menerima pangkat setinggi itu.
  • Bahagian luar Tucson direka oleh Hyundai Design Centre di Jerman sementara ruang kabin pula direka oleh Hyundai Design Centre di California, Amerika Syarikat. Dari sebuah syarikat yang kecil dan dipandang rendah, Hyundai kini mempunyai Design Centre di merata dunia.
  • Rekabentuk luaran Hyundai Tucson dikenali sebagai Fluidic Sculpture 2.0, konsep sama digunakan ketika mereka-bentuk Hyundai Santa Fe.
  • Walaupun nampak lebih besar dari generasi kedua, secara tepat perbezaan dari segi saiz itu kecil sahaja sebenarnya (hanya 2.6 inci lebih panjang dari dahulu). Apa yang telah dilakukan Hyundai ialah hud enjin yang lebih tinggi akibat rekabentuk hadapan yang lebih "berpetak dan menegak" serta plastik hitam penghias keliling ruang roda (plastic cladding around the wheel arches). Secara visual, Tucson baharu nampak jauh lebih besar.
Hyundai Tucson 2016-11
  • Ruang dalam menampakkan ciri Hyundai - seperti panel meter yang hampir sama dengan model lain, panel kawalan pendingin-hawa juga nampak seakan sama tetapi secara keseluruhan, material dan kualiti pemasangan jauh meningkat dan rasanya, papan pemuka Tucson ini nampak jauh lebih mahal dan lebih "classy" dari Mazda CX-5.
  • Jika dibandingkan dengan pesaing lain, Tucson nama sama besar seperti Mazda CX-5 dan besar sedikit dari Mitsubishi ASX. Tetapi, Tucson lebih pendek dari Nissan X-Trail dan lebih kecil dari Honda CR-V.
  • Sebagai bukti produk Korea sudah berani ke depan, harga Tucson ini bukan yang termurah. Sila lihat jadual harga di bawah (tepat pada 5 Jun 2016):
tucson harga  
  • Ada dua varian Hyundai Tucson 2016. Dari segi teknikal, keduanya datang dengan enjin dan transmisi yang sama. Di bawah ialah perbedaan speknya.
    • Hyundai Tucson Elegance - Radio Touchscreen tanpa Navigasi, brek parkir biasa, dua beg udara hadapan dan lampu kabus belakang sahaja.
    • Hyundai Tucson Executive - Radio Touchscreen dengan sistem Navigasi, Smart Key dengan sistem Start/Stop, Brek Parkir Elektronik, enam beg udara (dua hadapan, kiri dan curtain), lampu kabus depan belakang, Puddle Light, cermin sisi boleh lipat secara elektronik, corong pendingin hawa di belakang, kerusi pemandu dengan kawalan elektrik dan Daytime Running Lights (LED DRL).
Hyundai Tucson 2016-25
  • Di bawah ialah spesifikasi teknikal pula:
    • Enjin bukan turbo2.0-liter MPi Nu 4-silinder petrol dengan kuasa maksima 155 PS dan 192 Nm tork.
    • Transmisi enam kelajuan automatik buatan Hyundai sendiri.
    • Sistem gantungan ialah pegas MacPherson di hadapan dan multilink di belakang.
    • Brek ialah cakera untuk semua (ventilated untuk hadapan dan solid untuk di belakang)
  • Ada pelbagai ciri menarik di dalam kabin Tucson. Antaranya:
    • Sistem navigasi AVN berdasarkan platform Android, bermakna anda boleh pasang aplikasi seperti Waze dan sebagainya.
    • Sistem video/audio Tucson turut boleh dijadikan wifi-hot zone.
    • Sistem brek parkir menggunakan elektronik
    • Kerusi belakang boleh "dibaringkan" sedikit untuk keselesaan yang lebih.
    • Ruang but ialah sebesar 488-liter, cukup untuk sekeluarga.
    • Tempat duduk balutan kulit untuk kedua varian
  • Untuk model Executive, sistem enjin datang dengan tiga mod pemanduan yang boleh dipilih oleh pemandu sendiri. Mod-mod tersebut ialah Normal, Sports dan Eco.
  • Seperti dijangka, hanya 2WD ditawarkan, dan ia lebih dari mencukupi kerana sangat jarang ada pemilik yang mahu meredah masuk semak.
  • Hyundai berkata model Tucson mempunyai bacaan penggunaan minyak yang sangat rendah - 7.9L/100km. Apa yang Careta dapat ialah lebih kurang 10L/100km - masih okay.
  • Di atas jalanraya bandar, sistem gantungan Tucson memadai dan tidak terlalu lembut. Kerana itu, gegaran kecil dapat dirasakan bila lalu di kawasan kurang rata tetapi gegaran yang dirasakan sama seperti bila menaiki kenderaan sedan lain.
  • Di atas lebuhraya, sistem gantungan Hyundai sudah jauh lebih baik. Ia mampu dipandu laju tanpa rasa "floaty". Ia juga kurang beroleng bila selekoh diambil, bermakna Hyundai mendengar rintihan ramai dan memberikan sistem gantungan dengan talaan yang lebih mantap. Pendek kata, ia seperti memandu adiknya, Hyundai Elantra.
[gallery size="medium" ids="10829,10828,10827"]  
  • Kotak gear automatik itu mempunyai perangai untuk menurunkan gear terlalu kerap. Sebarang cerun akan menyebabkan kotak gear buatan Hyundai itu menukar ke nisbah lebih rendah.  Menyakitkan hati juga kerana setiap kali ia menukar ke gear rendah, terdengar bunyi enjin meneran. Cara untuk pastikan ia tidak berlaku ialah dengan memandu secara santai.
  • Secara ringkas, Tucson baharu membuktikan Hyundai sudah mencapai tahap syarikat dari Jepun, malah Tucson ini terasa lebih berkualiti dan lebih mewah dari beberapa pesaingnya. Jika lencana Hyundai itu ditukar ke jenama Jepun, Careta pasti ramai yang akan terkinja-kinja untuk membelinya. Sayang sekali jenama masih menjadi kriteria tinggi kepada ramai pembeli di Malaysia.

Hyundai dan beberapa jenama lain juga menjadi mangsa kepada perangai jelik Persatuan Penjual Kenderaan Terpakai. Mereka seolah-olah sudah ada pilihan model mana yang akan mempunyai nilai harga jual balik yang tinggi. Walaupun kenderaan itu baik, mereka lebih menurut kehendak pasaran dan tidak mahu mendidik pembeli kereta terpakai.

Dan kami di Careta sebulat suara memberikan keputusan 4 bintang untuk model Hyundai Tucson 2.0L 2016 varian Executive ini. STAR-RATING-HYUNDAI

Di bawah ialah galeri gambar-gambar Hyundai Tucson 2.0L 2016 varian Executive. [gallery size="medium" ids="10833,10834,10835,10865,10866,10867,10868,10862,10864,10861,10860,10855,10856,10857,10858,10869,10859,10870,10873,10872,10853,10871,10854,10844,10839,10852,10842,10851,10836,10838,10849,10837,10846,10847,10848,10850,10841,10874,10875,10876,10877,10878,10879,10880,10881,10882,10883"]