Di sebalik 'sayap' Mazda dan 'bowtie' Chevrolet

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Penghasilan logo sesuatu jenama itu bukanlah mudah. Walaupun terdapat logo yang ringkas, sekadar perkataan, biasanya pereka akan menerapkan pelbagai mesej dalam logo. Sama juga bagi pengeluar kenderaan. Logo Mazda contohnya, mengalami beberapa tahap evolusi, dari tahun 1934 hinggalah yang digunakan sekarang. [caption id="attachment_10803" align="alignnone" width="740"]Mazda-logo Perubahan logo Mazda yang digunakan.[/caption] [caption id="" align="alignnone" width="400"]Mazda logo 2015 Logo Mazda terkini.[/caption] Meskipun melalui pelbagai perubahan, logo Mazda sentiasa berkisar tentang huruf 'M' bagi perkataan Mazda dan bagi yang terbaru ini, ia digambarkan seperti sepasang sayap yang membawa maksud pembangunan, kemajuan serta tekad syarikat itu. Jika dapat dilihat, pada perkataan Mazda itu pula, semua hurufnya adalah kecil, kecuali 'D'. Ini dilakukan bagi menggambarkan ketelitian dan kebolehpercayaan, di mana dengan menggunakan 'D' besar, semuanya akan menjadi sebaris. Chevrolet logo Melihat kepada Chevrolet pula, logo 'bowtie' yang digunakan sekarang sudah digunakan sejak tahun 1913 dan bentuknya asasnya tidak berubah. Mengikut cerita yang disahkan sendiri oleh pengasas bersama syarikat pengeluar kereta Amerika Syarikat itu, William C. Durant, beliau sendiri ternampak bentuk logo tersebut pada kertas dinding sebuah hotel semasa menginap di situ pada tahun 1908, seterusnya mengoyakkan kertas dinding tersebut kerana difikirkan sesuai untuk diletakkan pada kereta. Namun, hanya pada tahun 1913, barulah logo tersebut digunakan pada kereta pertama. Walaubagaimanapun, asal logo ini masih lagi menjadi misteri kerana terdapat beberapa kisah lain - anak Durant iaitu Mergery memberitahu dalam bukunya bahawa ia adalah lakaran rambang bapanya semasa duduk di meja makan manakala bekas isteri Durant, Catherine pula menyatakan ia diambil daripada satu 'rekaan' dalam suratkhabar. Ini sekaligus, menjadikan sejarah logo tersebut masih lagi misteri dan ada kalanya membiarkan anda sendiri berimaginasi. Anda sendiri, apa yang anda nampak? *Sumber http://insidemazda.mazdausa.comhttp://www.chevrolet.com