SUV Rolls-Royce tak akan jadi trak “monster”

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan TopGear UK, ketua rekabentuk BMW, Adrian van Hooydonk berkata SUV pertama keluaran Rolls-Royce (RR) ialah sebuah kenderaan istimewa dan ia tak akan menjadi sebuah trak “monster”.

Projek SUV dari RR yang diberi nama Project Cullinan telah pun mempunyai rekabentuk yang diluluskan oleh pengarah syarikat dan ia nya ialah sebuah RR yang boleh dipandu setiap hari.

van Hooydonk seterusnya menerangkan bahawa RR bermula dengan kenderaan yang mempunyai tayar yang besar dan lega bumi yang tinggi kerana pada masa dahulu, ia dipandu oleh Maharaja dan orang kenamaan dari Eropah ke Timur Jauh.

Kerana itu, sebuah SUV dengan jenama RR bukan sesuatu yang pelik. Prototaip chassis SUV itu pernah ditontonkan ke media dalam bentuk sebuah RR Phantom dengan kelegaan bumi yang tinggi, seperti di dalam gambar.

Di Malaysia pula, RR mempunyai sebuah dewan pameran di Petaling Jaya lengkak dengan pusat servisnya sekali. Jenama RR selalunya dikaitkan dengan keluarga diRaja tetapi hakikatnya, semakin ramai rakyat Malaysia yang memiliki RR.

Model kemasukan untuk RR bermula dari harga RM3.5 juta dan ke atas.

*Berita dipetik dari TopGear UK

rr_3570