“Muscle cars” gagal dapat markah penuh ujian perlanggaran

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Muscle cars, atau kereta berprestasi tinggi dari Amerika Syarikat, nampaknya dikritik oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS), sebuah agensi dari negara itu sendiri.

Menurut ujian perlanggaran yang dilakukan oleh agensi itu baru-baru ini, tiada satu pun kereta sport Amerika itu yang mendapat markah penuh.

Kenderaan yang diuji ialah Ford Mustang, Chevrolet Camaro dan Dodge Challenger. Menurut Presiden IIHS, kesemua kenderaan yang diuji itu mempunyai enjin berprestasi tinggi dan keberangkalian ia dipandu laju sangat tinggi.

“Oleh kerana itu, anda pasti anggap mereka mempunyai kadar keselamatan yang tinggi tapi nampaknya tiada satu pun yang mendapat markah penuh,” terang beliau.

Menurut kajian. 99 peratus dari kenderaan model tahun 2016 yang diuji mendapat antara 4 atau 5 bintang.

Dalam ujian terbaharu itu, hanya Chevrolet Camaro menerima markah “baik”. Ford Mustang menerima marka “diterima” dan Challenger menerima markah “marginal” atau paras paling minima untuk lulus.

Secara keseluruhan. IIHS mendapati Dodge Challenger ialah model yang paling teruk dalam ujian-ujian perlanggaran yang dilakukan.

*Berita diambil dari Autoblog