Ramdan beraksi wildcard di Catalunya

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Petronas telah mengumumkan bahawa pelumba program Pembangunan Bakat mereka, Ramdan Rosli akan membuat penampilan wildcard pada Pusingan 7 FIM Motorcycle World Championship (MotoGP) di Grand Prix Catalunya pada 5 Jun ini. Pelumba berusia 20 tahun itu telah ditetapkan untuk berada di grid Moto2 bersama rakan Program Pembangunan Bakat Petronas, Hafizh Syahrin (Petronas Raceline Malaysia) dan bersaing dengan nama nama besar dunia seperti Johaan Zarco, Sam Lowes, Alex Rins, Alex Marquez dan Lorenzo Baldassari kalangan ramai. Selamat maju jaya diucapkan kepada Ramdan dan juga Hafizh Syahrin.