Polaris turut terbabit kemelut MV Agusta

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Canada Moto Guide melaporkan bahawa Polaris sedang mengintai perolehan saham pengeluar motosikal MV Agusta yang kini tenat. Terdahulu kita telah disuapkan dengan kemungkinan Mercedes-AMG untuk melembutkan hati Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta Giovanni Castiglioni untuk menerima mereka sebagai pelabur utama. Untuk rekod Polaris juga merupakan pengeluar 'motosikal' Can-Am yang dikenali di sini melalui model Spyder mereka. Menurut media Itali, Polaris seolah olah pilihan jalan keluar dari kedudukan sukar MV Agusta masakini dengan pengeluar automobil Jerman itu. Namun realitinya mungkin agak jauh dari kenyataan. AMG berminat untuk mendapatkan keseluruhan saham MV Agusta, atau sekurang-kurangnya pemilikan 51% dari sejumlah 25% masakini. Nyata ia nya agak sukar memandangkan bahawa Giovanni Castiglioni tidak berminat untuk kehilangan syarikat yang diselamatkan bapanya dalam tahun 1990-an, yang merupakan sebahagian besar zaman muda Giovanni, dan asas kepada gaya hidup mewah masakini untuk Ketua Pegawai Eksekutif berusia 30-an itu. Asas ini juga turut menarik keinginan pelabur lain termasuklah pelabur tempatan sebagai tapak dalam dunia gaya hidup yang sama. Butiran kewangan MV Agusta menyukarkan pelabur lain untuk turut serta dengan syarikat motosikal Itali tersebut, dan ini mewujudkan jalan buntu untuk jenama MVA. Rancangan sedia ada MV Agusta adalah untuk mengurangkan kos, mengurangkan output, sambil menunggu model semasa untuk menyediakan aliran tunai bagi membayar balik pemiutang syarikat. Sama ada ia nya akan menyaksikan AMG keluar dari syarikat ini, hanya masa yang boleh menentukan. Jadi apa kaitannya dengan Polaris? Polaris sering disebut sebagai penyelamat perniagaan yang gagal dalam industri motosikal, mungkin kerana tiga sebab: 1) Polaris mempunyai perancangan perniagaan yang jelas, 2) Polaris berdiri kukuh dari segi kewangan, 3) Polaris adalah salah satu daripada beberapa syarikat pemilikan yang memberi tumpuan kepada dalam industri motosikal. Masalah dengan teori Polaris sebagai penyelamat ini adalah ia nya mungkin tidak berupaya untuk mengubah keadaan MV Agusta masakini, terutama sekali dengan sebab musabab yang menyebabkan jenama Itali itu berada dalam kemelutnya sekarang. Kemungkinan pengambilalihan oleh Polaris mungkin tidak kan menjadi realiti kerana ia nya akan menyebabkan Castiglioni hilang kawalan kepada jenama tersebut, dan ia akan memerlukan Polaris melunaskan segera pinjaman €15 juta dari Banca Popolare di Milano. Jadi, walaupun spekulasi pengambilalihan oleh Polaris adalah agak menarik, namun ia nya sukar dilaksanakan dalam dunia sebenar. Namun begitu, di mana ada asap, ada api. Namun begitu sumber di Canada Motor Guide seakan menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku. Sumber mereka mengatakan bahawa syarikat Minnesota itu merancang untuk mendapatkan perkhidmatan MV Agusta dalam membina sebuah enjin baharu. Butiran kerjasama ini masih samar, tetapi MV Agusta sememangnya mempunyai sebuah pasukan kecil jurutera yang mampu menangani tugas itu. Umum kan bersetuju bahawa syarikat itu telah berjaya beberapa tahun kebelakangan ini dalam mereka bentuk dan membina enjin yang kuat dan padat di kilang Varese mereka. Polaris mengakui telah memulakan perbincangan dengan MV Agusta mengenai kerjasama ini, walaupun syarikat Amerika itu telah secara tegas menafikan niat untuk membeli jenama Itali. Sumber: Canada Moto Guide