Honda CBR250RR 2017 ditunggang-dengan-wayar

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Khabar angin yang berkibar kencang dari Indonesia mengatakan bahawa mini-Fireblade Honda CBR250RR empat lejang generasi baharu akan mempunyai tiga mod menunggang. Model ini turut dikenali dengan kod nama K64. Sportbike suku-liter ini sebenarnya telah dittayangkan di pelbagai pertunjukan automotif seluruh dunia pada tahun lepas. ia nya dipaparkan sebagai 'model konsep' motosikal sports ringan Honda. Namun secara meluasnya adalah diketahui bahawa superbike kecil ini pastinya akan menjadi sebahagian daripada barisan model syarikat Jepun itu bagi tahun 2017. Orang dalam Honda Asia telah melaporkan bahawa sewaktu  mesyuarat baru-baru ini, Honda Global berkata bahawa ia menjangkakan saingan 'semakin kuat' akan datang dari Kawasaki dan Yamaha, oleh itu enjin dua silinder 250cc DOHC bagi model CBR250RR harus mampu menandingi pesaingnya (walaupun tiada lagi butiran kuasa setakat ini). Motosikal yang ditunggang secara kawalan wayar ini (ride-by-wire) akan didatangkan dengan tiga mod tunggangan iaitu Sport Lumba, Lumba dan juga Dinamik (Racing Sports, Racing, Dynamic). new-cbr-2016-2