Maxgrip AT5 mencengkam dalam senyap

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
[video width="360" height="640" mp4="http://careta.my/wp-content/uploads/2016/05/VID-20160526-WA0144.mp4"][/video] Kami telah dijemput menghadiri pengenalan tayar baru Continental Malaysia iatu tayar Dunlop MAXGRIP AT5 yang direka bentuk khusus untuk 4X4, SUV dan Pick Up segmentasi pasaran. Tayar Dunlop MAXGRIP AT5  khusus direka untuk kegunaan 50%  jalan biasa dan 50% luar jalan, namun mampu menangani apa jua keadaan rupa bumi. IMG-20160526-WA0093 IMG-20160526-WA0080 IMG-20160526-WA0072 Ciri-ciri utama tayar ini adalah 1.Blok bilah Zig-Zag Blade Kebaikan: cengkaman kuat & daya tarikan pada mana-mana permukaan 2. Kedalaman bunga Dioptimumkan Kebaikan: prestasi perbatuan Tinggi penyesaran haba yang cekap & ketahanan 3. Gelung Perlindungan dinding tayar (Sidewall) Kebaikan: keteguhan tambahan untuk menghadapi semua jenis permukaan, mengurangkan risiko pancit & tayar membonjol IMG-20160526-WA0074 IMG-20160526-WA0096 IMG-20160526-WA0079 Kami telah berpeluang menguji Dunlop Maxgrip AT5 yang dipasang pada kenderaan Ford Wildtrak ke Janda Baik, Pahang. Perlepasan konvoi dari kilang Continental di Petaling Jaya telah melalui Lebuhraya Persekutuan dan lebuhraya DUKE sebelum memasuki lebuhraya Karak. Tayar ini terasa selesa melalui kesesakan lalu lintas sesak dan pemanduan stereng juga adalah responsif untuk tayar 4X4 atau SUV mahupun pikap. Kami juga mendapati gangguan bunyi daripada tayar ini adalah rendah, kerana biasanya tayar 4X4 berbunyi dengung bising kerana bunga tayarnya yang besar. Yang pastinya, tayar ini jauh lebih senyap berbanding tayar 4x4 kebiasaannya. IMG-20160526-WA0088 IMG-20160526-WA0076 IMG-20160526-WA0108 [video width="360" height="640" mp4="http://careta.my/wp-content/uploads/2016/05/VID-20160526-WA0154.mp4"][/video] Pemanduan di lebuhraya Karak diuji sehingga 160km/j namun pengendalian tayar ini adalah hebatnya tanpa bunyi tayar yang bising seperti lazimnya tayar 4x4 yang lain. Ia berasa lembut tetapi cengkaman adalah meyakinkan. Kami keluar dari lebuhraya itu di Genting Sempah dan menggunakan jalan persekutuan ke Janda Baik. Jalan ini agak berlubang dan sangat tidak sekata dengan kehadiran air dan pasir di tepi mahupun di atas jalan raya. Dunlop Maxgrip AT5 memberikan kendalian hebat bukan sahaja di lebuh raya tetapi juga pada jenis jalan raya sebegini. Anda dapat merasai cengkaman untuk mengendalikan jalan berlubang dengan baik tanpa sebarang gegaran pada stereng. Destinasi kami seterusnya adalah untuk Cherengin Hills di Janda Baik di mana kami berhenti rehat untk Sidang Akhbar sebelum sesi pemanduan 4X4 kami IMG-20160526-WA0124 IMG-20160526-WA0125 Sesi pemanduan 4X4  itu merupakan perjalanan hampir 20km melalui hutan Janda Baik. Dunlop Maxgrip AT5 telah mampu mengendalikan semua keadaan jalan hutan; melalui lembah yang dalam, mendaki bukit menegak, jalan tidak rata yang sempit dan licin. Bagi seorang pemandu bukan berpengalaman 4X4, tayar ini benar-benar memberikan saya keyakinan untuk menangani keadaan rumit yang dihadapi dalam hutan Janda Baik. Secara ringkas, Dunlop Maxgrip AT5 benar-benar mengejutkan kerana ia nya adalah sangat senyap dan memberikan cengkaman yang sangat baik. Anda berasa lebih yakin dalam menangani sudut sama ada di jalan raya biasa atau lebuh raya. Namun yang paling penting anda akan mampu untuk berbual dalam kenderaan kerana kesenyapan tayar ini. Bagi sesi pengalaman 4X4, ia nya menepati semua jangkaan prestasi tayar. Oleh: Wan Azmawi Dato  Dr Wan Azmi