Tujuh pengguna laluan kecemasan akan didakwa

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemilik kepada tujuh kenderaan yang dikenalpasti menghalang laluan kecemasan sepanjang laluan Simpang Ampat, Alor Gajah pada May 22 akan dipanggil ke mahkamah.

Kenyataan dari Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk V. Valluvan Veloo itu dilaporkan oleh akhbar The Sun Daily ketika lawatan beliau ke ibupejabat JPJ cawangan negeri Johor di Johor Baru.

Menurut beliau lagi, ada 91 kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan pada waktu itu berdasarkan rekod video. dan tujuh dilihat sebagai benar-benar menghalang laluan tersebut, termasuk tiga kenderaan dari Singapura.

"Mereka ini akan didakwa di mahkamah kerana memang terang-terang menghalang laluan ambulan," ujar beliau kepada The Sun Daily.

Mereka boleh didakwa di bawah Akta Jalanraya dan Trafik 1959 yang membawa hukuman denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara untuk pesalah kali pertama dan denda sehingga RM4,000 atau setahun penjara untuk pesalah kali kedua.

Pada 22 Mei lalu, seorang penunggang motosikal melanggar sebuah kereta yang berhenti di laluan kecemasan dan penunggangnya tercampak ke tengah lebuhraya. Sebuah lori kemudiannya terbalik kerana mengelak mangsa.

Kemalangan tersebut berlaku pada jam 4.30 pm di KM228 hala selatan di Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran dengan rumah tol Simpang Ampat di Alor Gajah.

Pasukan kecemasan pertama sepatutnya boleh tiba di lokasi kejadian dalam masa 20 minit tetapi kerana halangan kenderaan-kenderaan tersebut, ia mengambil masa sejam untuk tiba.

Untuk melihat video kejadian, klik pautan ini untuk melihat video yang dimuat-naik oleh Puvan Barthivan dari Facebook beliau.

Sementara itu Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Azizan Ismail pula menasihatkan pengguna jalanraya untuk mengambil gambar mereka yang menggunakan laluan kecemasan dan menghantarnya ke JPJ.

[caption id="attachment_10372" align="aligncenter" width="960"]Gambar dari Facebook Puvan Barthivan Gambar dari Facebook Puvan Barthivan[/caption]

Menurut beliau, situasi sekarang sudah diluar kawalan, terutama pada waktu puncak. Ini menyebabkan jangka masa tempoh bertindak bagi pasukan penyelamat semakin lewat.

Bagi Careta, memang akan ada kecaman dari cuber warrior yang akan menyalahkan kerajaan kerana tidak membuat laluan yang mencukupi. Sebenarnya, China telah membuktikan bahawa semakin banyak lorong laluan dibuat, semakin teruk kesesakan berlaku. Semua pengguna lebuhraya sepatutnya lebih bersifat matang dan tidak menggunakan laluan kecemasan.

Di bawah ialah saluran media sosial untuk JPJ. Ambil gambar pesalah dan pastikan nombor plet jelas kelihatan dan kenderaan itu benar-benar berada di laluan kecemasan. Kemudian tag JPJ Malaysia.

Facebook: jabatanpengangkutanjalanmalaysia

Twitter: JPJ Malaysia@JPJ_Malaysia 

Instagram: JPJ Malaysia  

  • Gambar utama dari Facebook Puvan Barthivan