Toyota melabur, tandatangan perjanjian dengan Uber

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nampaknya, semakin banyak pengeluar kereta yang menunjukkan sokongan dan kepercayaan pada aplikasi penyelesaian pengangkutan. Lyft dengan General Motors, dan paling baharu, Toyota menandatangani perjanjian persefahaman dengan Uber dan melakukan pelaburan strategik. Menurut Toyota, perjanjian itu adalah untuk meneroka kolaborasi, bermula dengan percubaan, di dalam negara yang aplikasi ini semakin berkembang, mengambil kira pelbagai faktor seperti suasana perniagaan, peraturan dan keperluan pengguna. Perinciannya tidak dijelaskan, tetapi ada dinyatakan bahawa antaranya adalah pemandu Uber dapat memiliki kenderaan Toyota secara pajakan, melalui cabang servis kewangan Toyota dan membayarnya menggunakan pendapatan mereka dari Uber. Selain itu, Toyota juga menyatakan dua syarikat ini juga akan membangunan aplikasi untuk pemandu Uber.