Nissan 'selak' hadapan NV300

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Di negara kita, model van komersil Nissan NV200 sudah semakin popular. Tetapi di Eropah, juga terdapat model NV400 yang lebih besar. Tetapi, paling baharu, bagi mengisi ruang kosong antara dua model itu, Nissan akan mengeluarkan NV300 dan bentuk awalnya telah 'diselak' untuk tontonan umum. Model NV300 ini dikatakan bakal menggunakan barisan enjin diesel dan berkongsi banyak ciri dengan van Renault. Selain mengangkat barang, ia juga akan didatangkan dengan pilihan model yang mempunyai tempat duduk belakang. NV300 hanya akan berada di pasaran Eropah menjelang akhir tahun ini tetapi segala butiran dan spesifikasi penuh akan disiarkan bersama model sebenar semasa Pameran Permotoran Hanover yang akan berlangsung September ini di Jerman. Anda mahu van ini memasuki Malaysia?