Tiga pulau di Thailand ditutup untuk pelancong

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Jika anda suka ke Thailand untuk meneroka atau bercuti di sana, tiga pulau ini sudah ditutup untuk sebarang aktiviti pelancongan kerana ia semakin memberi kesan buruk kepada alam semula jadi di situ, terutamanya terumbu dan hidupan di dalam laut. Pulau tersebut adalah Koh Khai Nok, Koh Khai Nai dan Koh Khai Nui - semuanya terletak dalam lingkungan beberapa kilometer dari Phuket. Ketua Serantau Jabatan Sumber Marin dan Perairan Thailand, Watcharin Na Thalang memberitahu The Phuket News bahawa satu kumpulan pelancong menghabiskan masa sekurang-kurangnya tiga jam untuk berenang, memberi ikan makan dan 'snorkelling' di kawasan perairan tiga pulau ini dan ia memberi kesan kepada sumber asli yang ada. Dalam sehari pula, ada 60 bot laju berulang alik ke pulau itu dan jumlah kedai makan dan lain-lain juga semakin bertambah. Ini juga memberi kesan buruk kepada ekosistem marin.