Datuk Vida intai plat pendaftaran 'F 1'

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kegilaan untuk membida plat nombor Putrajaya kan menjadi semakin kuat daya tarikannya apabila usahawan terkenal Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih popular dengan panggilan Datuk Vida bakal turut serta membuat bidaan luarbiasa untuk memiliki plat pendaftaran 'F 1". Usahawan perniagaan penjagaan kecantikan dan pengasas Vida Beauty itu memberitahu wakil theSun, Shahrim Tamrin bahawa beliau sudah bersedia untuk membuat bidaan dengan 'angka yang sangat menarik' apabila bidaan dibuka minggu depan. "Kebetulan saya kini mengintai sedbuah Ferrari dan apakah lagi nombor yang paling sesuai dengan kereta tersebut selain nombor plat 'F1'?," katanya dalam satu temu bual melalui WhatsApp malam tadi. Pada masa ini, dia memiliki sebuah Lamborgini Aventador, Bugatti dan beberapa kereta berprestasi tinggi (supercars) lain dalam garaj beliau. Apabila ditanya apa yang angka bidaan untuk plat 'F1' tersebut, Vida menjawab: "Sudah tentu saya tidak boleh mendedahkan kepada anda kerana saya tidak mahu pesaing saya tahu. Tetapi saya sudah mempunyai nombor kegemaran saya. Perhatikan sendiri, okay.. . " "F1 adalah sukan kegemaran saya. Jadi untuk memiliki plat nombor tersebut adalah sesuatu yang saya benar benar inginkan, kerana ia mencerminkan personaliti saya" katanya. "Saya sentiasa mahu menjadi yang pertama dalam apa jua. Sebab itu saya teruja tentang perkara ini." Beliau juga berkata bahawa dia akan membida plat pendaftaran 'V 1'  Kuala Lumpur baharu seandainya usaha beliau untuk plat utama Putrajaya gagal. Tender membida awalan 'F' '1' ke '9999' dibuka dari 1 Jun hingga 14 Jun diikuti proses untuk memuktamadkan tender selama dua minggu oleh satu jawatankuasa khas. Harga tertinggi membida nombor plat yang pernah dicatatkan dalam sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan adalah RM748,000 untuk "W 1 N" dan diikuti  RM520,000 untuk "WWW 1" yang telah diperolehi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada tahun 2014 dan 2012.