Zyrus LP1200 - Huracan yang telah disumpah gentian karbon!

oleh Mohamad Hanif|
Atas kertas, Lamborghini Huracan yang paling berkuasa (dalam bentuk Performante) didatangkan dengan enjin V10 yang menghasilkan 631 kuasa kuda dan 600 Nm daya kilas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, jika anda tidak berpuas hati dengan prestasi Huracan sedia ada (manusia, biasalah tamak), terdapat opsyen yang membolehkan anda menikmati Lamborghini Huracan dengan output kuasa mencapai empat angka!

Memperkenalkan Zyrus LP1200.

 


Zyrus merupakan sebuah syarikat penala yang berasal dari Norway, dan menggunakan pengalaman dan kepakaran menala Huracan Super Trofeo dalam perlumbaan Norwegian Extreme GT Championship, mereka mencipta sebuah Huracan yang lebih berkuasa dan halal digunakan atas jalan raya.

Daripada 24 unit yang bakal dihasilkan, Zyrus akan mengasingkan 12 daripadanya untuk dijadikan sebagai jentera litar sepenuh masa.

Namun, kesemua unit akan didatangkan dengan enjin standard 5.2 liter V10 yang dipadankan dengan set pengecas turbo (tak tahu berapa) yang mampu melonjakkan angka output sehingga 1,200 kuasa kuda!

 


Selain daripada pemasangan pengecas turbo itu tadi, Zyrus LP1200 turut menerima ECU Motec, manifold Inconel, dan juga set ekzos titanium.

Manakala sistem transmisi asal klac berkembar telah digantikan dengan set kotak gear perlumbaan Xtrac.

Rekaan luaran asal Huracan sebenarnya sudah cukup garang, namun pihak Zyrus telah mengambil langkah ekstra dengan memadankan kit badan kustom gentian karbon yang turut merangkumi front fascia, flared wheel arches, sayap belakang kekal dan diffuser yang besar.

 


Menurut Zyrus, kesemua komponen tersebut mampu menjana daya turun sehingga 1,200 kg dan dalam masa yang sama mengekalkan berat keseluruhan sekitar 1,200 kg sahaja.

Sementara bahagian dalaman pula memperlihatkan tempat duduk jenis bucket gentian karbon, roda stereng kustom, kluster meter kustom dan pemasangan sangkar keselamatan bagi melindungi pemandu dan penumpang.

Terdapat kehadiran gugusan butang fungsi yang dipasang pada konsol tengah yang turut diperbuat daripada gentian karbon.