Zurich Malaysia tawar rangkaian ‘Pakar Cermin Depan Terpilih’

oleh Firdaus Razani|
Zurich Malaysia baru-baru in mengumumkan tawaran rangkaian ‘Pakar Cermin Depan Terpilih’ sebagai komitmen untuk menyediakan penjagaan automotif yang komprehensif kepada pelanggan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Inisiatif ini menonjolkan falsafah teras jenama syarikat ‘Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’ dengan menyediakan standard dan nilai perkhidmatan yang terbaik buat para pemilik kereta.

 

zurich

 

Melalui pengenalan rangkaian ini, Zurich Malaysia berhasrat menetapkan piawaian baharu dalam perkhidmatan pembaikan dan penggantian cermin depan dari segi kemudahan serta kebolehpercayaan.

Rangkaian ini merangkumi empat rakan kongsi yang dipercayai, iaitu Nanmar Motor Service Sdn Bhd, CCH Auto Glass Sdn Bhd, Mobile Windscreen Sdn Bhd, dan Dr. Cermin Sdn Bhd.

Pasukan pakar ini akan menawarkan pelbagai manfaat unik bagi menangani cabaran yang lazim dihadapi oleh pemilik kereta:

 

Perkhidmatan Pintu ke Pintu yang Lancar

‘Pakar Cermin Depan Terpilih’ Zurich Malaysia memberi kemudahan terus ke pintu rumah pelanggan, sekali gus menangani cabaran logistik dan komitmen masa.

 

Ketenangan Fikiran yang Berterusan

Sejajar dengan komitmen mengutamakan pelanggan, ‘Pakar Cermin Depan Terpilih’ memberi lanjutan jaminan bagi semua penggantian dan perkhidmatan pemasangan filem penapis haba cermin depan.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian ‘Pakar Cermin Depan Terpilih’ yang bertauliah untuk insurans dan takaful motor, sila layari laman rasmi: https://www.zurich.com.my/en/customer-hub/my-claims/panel-workshops/preferred-windscreen-specialists.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif itu selari dengan komitmen berterusan Zurich terhadap #CareForWhatMatters, dan sumbangan…
Informasi
  Untuk kawasan pantai timur semenanjung, hujan lebat serta angin kencang telah diramalkan akan…
Berita Domestik
Musim tengkujuh timur laut turut dijangka turun bersama kehadiran fenomena La Nina sehingga 2023.…