Dengan lebih 16 juta motosikal di Malaysia, ZGIMB menyedari keperluan untuk penyelesaian insurans motosikal yang disesuaikan dengan kehendak pelanggan.
Siri Z-Rider memenuhi keperluan ini dengan menawarkan ciri-ciri yang memberi manfaat khusus kepada penunggang motosikal.
Ini sejajar dengan etos jenama Zurich Malaysia ‘Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’ yang menekankan inovasi, kemudahan dan empati.
Ketua Pengawai Eksekutif/Ketua Zurich Malaysia, Junior Choo berkata “Pelancaran Z-Rider (EW) dan Z-Rider (Plus) merupakan langkah yang signifikan dalam insurans motosikal di Malaysia.
Ia memberikan nilai yang luar biasa kepada pelanggan dengan tawaran pelan-pelan perlindungan komprehensif dan bermanfaat yang menjadikan ZGIMB rakan kongsi ideal untuk pengalaman menunggang motosikal yang selamat dan yakin.” tambahnya.
Z-Rider (EW): Pertama di Pasaran
Pelan Z-Rider (EW) adalah pelan perintis kepada pasaran.
Ia menawarkan jaminan lanjutan percuma, yang merupakan manfaat unik yang pertama dalam pasaran, memastikan perlindungan optimum untuk penunggang motosikal.
Manfaat* utama adalah seperti berikut:
- Jaminan Lanjutan Percuma: Terpakai untuk motosikal baharu sehingga 200cc (tidak termasuk motosikal elektrik) yang disertakan dengan jaminan dua tahun pengeluar menerusi ejen sah ZGIMB yang merupakan pengedar motosikal
- Servis Tunda Kerosakan: Perlindungan sehingga 60 km
- Perlindungan Kemalangan Peribadi: RM5,500 setiap pemegang polisi
Z-Rider (Plus): Perlindungan Komprehensif Untuk Pelbagai Keperluan
Di samping Z-Rider (EW), ZGIMB menawarkan Z-Rider (Plus), yang direka untuk motosikal di bawah 250cc.
Pelan komprehensif ini menawarkan pilihan manfaat yang disesuaikan untuk keperluan penunggang yang pelbagai.
Manfaat* utama adalah seperti berikut:
- Servis Tunda Kerosakan: Perlindungan sehingga 60 km
- Perlindungan Kemalangan Peribadi: RM5,500 setiap pemegang polisi
- Elaun Banjir: RM1,000
- Tunda Kemalangan: RM100
Maklumat lanjut mengenai pelan perlindungan Z-Rider boleh diperolehi di laman web rasmi di https://www.zurich.com.my/insurance-products/protection/for-my-vehicle/z-rider dan https://www.zurich.com.my/takaful-products/protection/for-my-vehicle/z-rider-takaful.