Dari segi kuasa, ketiga-tiga model ini didatangkan dengan enjin silinder tunggal 155 cc (spesifikasi Euro5) sejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 18.8 hp @ 9,250 rpm dan daya kilas 16 Nm @ 7,500 rpm.

Antara ciri menarik yang ada pada model Scrambler ZT155G adalah kehadiran tangki bahan api bergalvani sebesar 20 liter, yang terbesar di dalam kelasnya, diikuti dengan dua mod tunggangan (Eco & Sport), brek ABS dua saluran, pemasangan crash bar, pelindung bar hendal, klac slipper serta penyerap hentak tunggal nitrogen.
Sementara untuk model seperti ZT155U dan ZT155-U1, ia masih lagi mengekalkan ciri brek ABS dua saluran, klac slipper, pelindung tangan, penyerap hentak tunggal nitrogen, serta tangki bahan api yang lebih kecil (12.5 liter).

Harga jualan bermula dari RM10,800.
ZT155-G