Zon ketibaan motosikal CIQ ditutup, tiada pemeriksaan motosikal imigresen di Woodlands pada 20 September

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Susulan penutupan zon ketibaan motosikal di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor mulai 11.59 malam pada 20 September hingga 4 pagi 21 September bagi kerja-kerja penggantian papan tanda, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura (ICA) memaklumkan pihaknya tidak menjalankan pemeriksaan pelepasan imigresen ke atas motosikal di Pusat Pemeriksaan Woodlands selepas 11 malam, 20 September.


Maklumat terkini ICA diumumkan di Facebook pada Isnin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Penunggang motosikal yang merancang untuk berlepas dari Singapura, dinasihat menggunakan Pusat Pemeriksaan Tuas sebagai ganti,” menurut ICA sambil menambah bahawa penunggang motosikal boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman Facebook pihak berkuasa berkenaan.

 

Pejabat Imigresen BSI sebelum ini mengumumkan bahawa Jabatan Kerja Raya daerah Johor Bahru akan melaksanakan penggantian dan penambahan papan tanda baharu, termasuk papan tanda elektronik, di semua lorong motosikal, di Zon A, B dan C.

 

"Lorong akan ditutup pada hari dan masa tersebut. Laluan alternatif ialah melalui Kompleks Sultan Abu Bakar," menurut pejabat Imigresen BSI dalam akaun Facebook rasminya pada 14 September.

 

 

- Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
"Fasa pertama itu membabitkan pembinaan jalan konkrit, melakukan pembersihan tapak dan juga sistem…
Berita Domestik
Beliau berkata Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura turut memberikan…
Informasi
"Di KSAB terdapat 24 kaunter keluar (menuju Singapura) dan 24 kaunter masuk (menuju Malaysia).…