Zon Bebas Kereta - Syabas dan ini apa yang Melaka perlu buat untuk memudahkannya lagi

oleh HEZERI SAMSURI|
Tindakan Melaka melaksanakan Zon Bebas Kenderaan nampaknya menerima kecaman dari pelancong, menurut laporan berita dari beberapa media arus perdana.

Namun begitu, dari apa yang dilihat, rata-rata pelancong yang ditemuramah adalah pelancong tempatan.

Ada juga wakil rakyat yang marah dan meminta idea ini dihapuskan. Seperti kita tahu, tidak semua wakil rakyat ini mahu mendidik dan mampu membuat perancangan jangka masa panjang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kita semua arif bahawa orang Malaysia yang memang kalau boleh, mahu meletakkan kenderaan mereka di depan meja pejabat mereka atau di depan tangga masjid.

Malah, berjalan kaki adalah satu benda yang hampir mustahil untuk dilakukan kerana kita dimanjakan dengan tempat parkir kenderaan yang murah dan banyak. 

Umum perlu mengetahui bahawa antara satu cara terbaik menangani isu kesesakan lalulintas dan juga pencemaran udara ialah dengan mengawal kadar kenderaan di atas jalanraya.

Bagi Melaka, sebuah negeri yang memang menjadikan pelancongan sebagai salah satu punca pendapatannya, tindakan mewujudkan Zon Bebas Kenderaan bukanlah sesuatu yang dibuat secara terburu-buru.

Sebanyak 13 lokasi parkir kenderaan disediakan dan jalan kontra juga diwujudkan untuk melicinkan trafik tetapi seperti yang dijangka, ramai pelancong tempatan merungut kerana terperangkap dalam situasi baharu ini. 

Pada pendapat saya, ini normal dan suasana akan kembali reda bila orang ramai sudah membiasakan diri dengan "cara" baharu itu.

Contohnya apabila Kuantan memperkenalkan sistem laluan sehala baharu di sekitar laluan utama dalam bandar tersebut, warga Kuantan bising selama beberapa minggu.

Sekarang, kesesakan dalam bandar Kuantan berjaya dikurangkan dengan drastik dan aliran trafik jauh lebih lancar berbanding dengan dulu.

Melaka juga perlu tabah dan tidak akur dengan suara-suara netizen atau laporan-laporan negatif dari media.

Zon Bebas Kenderaan memang normal di mana-mana bandar besar, contohnya di Jakarta di mana kawasan-kawasan itu menarik lebih ramai penjaja dan penjual (gambar di bawah). 

 

 

*Gambar dari Antara

 

Walaupun sasaran Melaka untuk mencapai 8.2 juta pelancong bagi tahun 2023, peratusan pelancong domestik sebenarnya jauh lebih tinggi.

Dalam tahun 2022, cuma 6.73 peratus adalah pelancong asing.

Oleh itu, di bawah ialah saranan yang saya rasa perlu dilakukan untuk memudahkan lagi operasi Zon Bebas Kenderaan di bandaraya Melaka.

  • Masukan zon-zon parkir itu di dalam sistem navigasi Waze dan Google Map untuk memudahkan pelancong mencarinya.
  • Lebihkan hebahan di dalam media sosial agar pelancong boleh membuat perancangan yang lebih teliti.
  • Banyakkan perkhidmatan beza pada kadar harga mampu dari kawasan parkir ke kawasan pelancongan.
  • Wujudkan perkhidmatan sewa kenderaan mikro elektrik (electric micro mobility) atau kerusi roda untuk warga emas di kawasan itu dan juga laluan khusus untuk kenderaan-kenderaan itu.
  • Wujudkan juga perkhidmatan menyewa basikal di kawasan tersebut.
  • Bangunkan segera tarikan-tarikan pelancongan yang lebih menarik di Zon Bebas Kenderaan.
  • Perbanyakan lagi perkhidmatan e-hailing seperti Grab, Maxim, inDrive dan yang lain-lain dengan kadar harga berpatutan supaya pelancong tidak perlu langsung memandu masuk kenderaan mereka ke dalam bandaraya Melaka.

Melaka ialah negeri yang sangat berjaya dalam sektor pelancongan dan juga pelbagai industri lain. 

Melaka juga bukti bahawa saiz negeri yang kecil tidak menjadi halangan untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan yang menarik dan lengkap.

Harapan kita agar Melaka terus berani dalam tindakannya mewujudkan Zon Bebas Kenderaan kerana saya sangat yakin faedahnya jauh lebih banyak dari keluhan "terpaksa berjalan 200 meter dari kereta".

 

 

 

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat 3S terbaharu ini akan diuruskan oleh BYD Sing Kwung Motors, kemudahan baharu ini bertujuan…
Berita Domestik
Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal…