Zhu Hai Yun - kapal pengangkut dron tanpa memerlukan kehadiran manusia

oleh Mohamad Hanif|
China baru-baru ini melancarkan sebuah kapal pengangkut dron semi-autonomi yang pertama di dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kapal Zhu Hai Yun sepanjang 88.3 meter itu akan membawa muatan lebih daripada 50 buah kenderaan swapandu udara, darat dan air, lengkap dengan tapak pelancaran dan pendaratan khusus, dengan operasi tanpa melibatkan sebarang tenaga manusia.

Dibina oleh syarikat perkapalan CSSC Huangpu Wenching Shipbuilding Company Limited, ia mempunyai berat sekitar 2,000 tan dan kelajuan tertinggi 18 knot (33.3 km/j), dan mula dibina sejak Julai 2021 lagi.

Menurut laporan daripada South China Morning Post, kapal ini akan dipandu dari jarak jauh ketika melalui pelabuhan yang sibuk, dan selepas itu kawalan akan diambil alih oleh sistem swapandu untuk menjalankan misi yang telah ditetapkan.

Zhu Hai Yun juga dilapor mempunyai keupayaan ketenteraan yang mampu memintas dan mengusir sasaran yang dikhuatiri mampu mengganggu keamanan.

Kapal tanpa pemandu ini dijangka sedia untuk digunakan pada akhir tahun ini selepas melengkapkan ujian pelayaran di lautan.