Zhiji L7 - sedan sport elektrik, pecutan 0-100 bawah empat saat!

oleh Mohamad Hanif|
Zhiji Auto yang merupakan syarikat kerjasama antara SAIC, Zhangjiang Hi-Tech dan Kumpulan Alibaba baru-baru ini melancarkan model sedan berkuasa elektrik Zhiji L7 yang menawarkan teknologi termaju seperti sistem pengecasan nirwayar dan pemanduan autonomi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedan sports ini dikatakan mampu memecut sepantas bawah empat saat dari 0-100 km/j, terima kasih kepada kuasa 540 hp dan daya kilas 700 Nm.

 


Terdapat dua varian pek bateri yang bakal ditawarkan, iaitu 93 kWh yang menawarkan jarak operasi sejauh 615 km, dan pek bateri sebesar 118 kWh dengan jarak operasi sejauh 1,000 km.

Selain daripada itu, Zhiji L7 juga merupakan EV pertama yang dilengkapi sistem pengecasan nirwayar 11 kW dengan keberkesanan pengecasan sehingga 91 peratus dan jarak 80 km dalam masa satu jam sahaja.

Namun begitu, keupayaan pengecasan berwayar masih lagi belum didedahkan.

 


Dari segi pemanduan pula, Zhiji L7 dilengkapkan dengan 12 unit kamera, radar bergelombang 5 mm, 12 unit radar ultrabunyi, dan LIDAR yang bakal menawarkan bantuan pemanduan autonomi.

Sementara ruang kabin pula menempatkan skrin paparan gergasi bersaiz 39 inci dengan resolusi 4K merentasi papan pemuka, skrin tambahan di konsol tengah yang menawarkan akses kepada kawalan kenderaan, dan dibantu dengan sistem operasi tersendiri.

 


Zhiji L7 akan ditawarkan dalam tiga warna eksklusif, iaitu Diana White, Repin Black dan Rapheal Tea.