ZEVA gesa kerajaan sedia insentif bagi infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan dari Kementerian Kerja Raya
Persatuan Kenderaan Pelepasan Karbon Sifar (ZEVA) menggesa kerajaan untuk menyediakan insentif yang menumpukan kepada infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.


Langkah itu perlu bagi merangsang pertumbuhan industri tersebut daripada sejumlah kira-kira 2,000 EV ketika ini kepada 700,000 berada di atas jalan raya menjelang 2030, kata ZEVA dalam satu kenyataan pada Isnin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Persatuan itu berkata insentif infrastruktur pengecasan EV perlu ditawarkan bagi menyediakan kepada keperluan infrastruktur bandar, kawasan pengecasan lebuh raya dan bangunan bertingkat. 

 

Bagi infrastruktur bandar, ZEVA berkata "kos permulaan untuk mana-mana majlis perbandaran dan tempatan yang berminat untuk menyediakan pengecasan awam di mana-mana bandar tertentu perlu ditawarkan, manakala peruntukan pembiayaan sebanyak RM500,000 untuk setiap kawasan rehat yang menyediakan enam pengecas DC (arus terus) bagi setiap kawasan rehat" di kawasan pengecasan di lebuh raya perlu disediakan.

 

Selain itu, bagi bangunan bertingkat, ia berkata geran perlu diberikan kepada pengurus hartanah bukan bertanah untuk pemasangan pengecas EV sebanyak RM10,000 setiap satu. 

 

Bagaimanapun, ZEVA berkata insentif di atas tidak semestinya meliputi 100 peratus daripada kos pengecas sebaliknya menampung kos berkaitan dengan pemasangan kemudahan pengecasan. 

 

gambar hiasan

 

“Bantuan kerajaan diperlukan kerana aset penggerak pertama hanya akan menggunakan sebahagian daripada kapasiti penuh kemudahan ini. 

 

“ZEVA percaya syarikat yang berhasrat untuk menggunakan pengecas mereka berdekatan akan dapat memanfaatkan kemudahan sedia ada ini dengan mudah, yang seterusnya menggalakkan lebih ramai untuk melabur,” katanya. 

 

Insentif lain yang perlu dipertimbangkan termasuklah geran penyelidikan dan pembangunan dalam industri EV, terutamanya bagi industri automotif, rebat tunai bagi pertukaran kenderaan menggunakan minyak petrol dan diesel kepada EV dan insentif tunai bagi pembelian EV baharu.

 

“Insentif kecil ini akan memberi manfaat kepada sebahagian, jikapun bukan semua, pembeli kenderaan baharu setiap tahun,” katanya.

 

Bernama