Zeus Malaysia lancar helmet ZS-388 & ZS-217, harga dari RM140 hingga RM220

oleh Mohamad Hanif|
Zeus Helmet Malaysia membuka tirai tahun 2023 dengan melancarkan dua produk helmet open face baharu mampu milik, iaitu ZS-388 dan ZS-217.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua helmet Zeus ZS-388 dan ZS-217 diperbuat daripada bahan ABS dan boleh didapati dalam saiz kepala S hingga XXL.
 

ZS


Zeus ZS-388 dengan rekaan retro klasik itu didatangkan dengan ciri seperti visor suria, alas kepala dan tali gogal daripada bahan kulit, serta mempunyai berat sekitar 980 g.

Terdapat lima warna pilihan yang ditawarkan (Nardo Grey, Matte Black, Matte Army Green, Black Skull, Rusty), dengan harga jualan bermula dari RM140 hingga RM170.
 

ZS


Sementara Zeus ZS-217 dengan berat sekitar 1,230 g pula didatangkan rekaan visor boleh ditanggalkan dengan ciri perlindungan UV dan anti-calar, alas kepala yang boleh ditanggal dan dibasuh, perlindungan anti-bakteria dan anti-alahan, serta mekanisme visor yang tidak memerlukan sebarang perkakasan.

ZS-217 ditawarkan dalam empat warna menarik (putih mutiara, hitam matte, merah, dan hitam oren bergrafik api), dan boleh dibeli pada harga RM220.

Untuk makluman, kedua-dua helmet ZS-388 dan ZS-217 ini telah mendapat kelulusan daripada ECE dan JPJ, dan sudah boleh didapati di semua pengedar Zeus Helmet di seluruh negara.