ZERRO - ambulans pertama di dunia berkuasa hidrogen

oleh Mohamad Hanif|
Masalah utama penggunaan kenderaan elektrik bateri di dalam perkhidmatan ambulans adalah jarak operasi yang terhad, serta masa pengecasan yang masih belum cukup pantas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk mengatasi masalah itu, ULEMCo memperlihatkan sebuah model prototaip ambulans yang dinamakan sebagai Zero Emission Rapid Response Operation (ZERRO) dengan unit penambah jarak berkuasa hidrogen yang sangat sesuai digunakan dalam kawasan urban, serta operasi di luar bandar.
 

Zerro


Badan ambulans ini dibina oleh Mellor Coachcraft dan menampilkan trenkuasa EV Promech Technologies yang terdiri daripada pek bateri 92 kWh, serta unit penambah jarak sel bahan api hidrogen ULEMCo FC Rx.

Unit penambah jarak ini turut merangkumi storan bahan api hidrogen 350 bar seberat 8 kg, sel bahan api 30 kW dan unit converter DCDC Lyra Electronics.

Prototaip ambulans hidrogen ini direka untuk mencapai jarak sejauh 483 km dengan kelajuan maksimum 145 km/j, dan keupayaan untuk membawa muatan seberat 900 kg.
 

Zerro


ZERRO sedang dipamerkan di sidang kemuncak iklim COP26 di Glasgow dan unit ambulans ini bakal memulakan ujian percubaan di London dalam masa terdekat.

Sumber: New Atlas