Zero SR/F - superbike elektrik paling cool!

oleh Mohamad Hanif|
Zero Motorcyle nampaknya memperkemaskan lagi penawaran motosikal berkuasa elektrik untuk tahun 2020 dengan melancarkan model SR/S, versi reraup penuh kepada streetfighter SR/F 2019.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan penampilan reraup penuh aerodinamik yang menambahkan lagi tahap cool motosikal elektrik ini, ia juga telah ditala bagi menjadikan tunggangan yang lebih selesa dan diperhalusi. 

Dari segi kuasa, motor elektrik sejukan udara ZF 75-10 yang menggerakkan roda belakang mempunyai 110 kuasa kuda dan 190 Nm daya kilas dengan kelajuan tertinggi 200 km/j. 
 


Zero SR/S secara lalainya mempunyai jarak operasi sejauh 259 kilometer terima kasih kepada pek bateri 14.4 kWh, namun dengan opsyen Power Tank jarak tersebut boleh digandakan kepada 323 kilometer untuk sekali cas penuh. 

Zero Motorcycle juga turut menaiktaraf sistem pengecasan Level 2 berkuasa 6 kW pada model Premium dan mampu mencapai 95 peratus kapasiti dalam masa hanya dua jam sahaja. 

Opsyen pengecasan pantas 12 kW pula mampu memendekkan masa kepada hanya sejam sahaja. 
 


Untuk model asas, ia hanya didatangkan dengan pengecasan 3 kW dan mengambil masa selama empat jam untuk penuh, dan dengan pengecasan 6 kW, ia hanya mengambil masa kira-kira 1.3 jam sahaja. 

Walaupun ia bertaraf sportbike, Zero tidak pernah menidakkan keselesaan yang diperlukan oleh penunggangnya, dan Zero SR/S memiliki ketinggian tempat duduk 787 mm digandingkan dengan handlebar yang tinggi dan kedudukan kaki yang rendah. 
 


Ini bermakna, SR/S menawarkan posisi tunggangan hampir menegak dan dibantu oleh penggunaan reraup dan windscreen untuk tujuan aerodinamik yang lebih berkesan. 

Untuk kemudahan pemilik memantau status motosikalnya, Zero mendatangkan sistem operasi Cypher III yang mampu memaparkan beberapa informasi penting, serta mengumpulkan data dan mampu untuk menaiktaraf perisian dengan sendiri. 
 


Harga jualan Zero SR/S Standard bermula dari $19,995 (RM83,849) sehinggalah $21,995 (RM92,236) untuk model SR/S Premium. 

Opsyen Power Tank pula ditawarkan pada harga bermula dari $2,895 (RM12,140) namun hanya boleh ditempah bermula 1 Mac 2020.