Zenvo TSR-GT 1,341 hp, tiga buah sahaja dan semua habis!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Zenvo TSR-GT
Zenvo TSR-GT
Zenvo terkenal dengan kereta hiper TSR-S yang mempunyai sayap belakang aktif atau bahagian kanan dan kiri yang turun dan naik semasa memandu.

Menonton pergerakan sayap belakang TSR-S di litar memang mengasyikkan.

Terbaru syarikat dari Denmark itu memperkenalkan TSR-GT yang hanya dibuat sebanyak tiga buah dan telah habis dijual!

TSR-GT hadir dengan gaya touring dan lebih laju yang disumbangkan oleh Pek Kuasa 1,341 kuasa kuda (hp) berbanding 1,177 hp pada TSR-S standard.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Zenvo TSR-GT

 

Zenvo TS dikeluarkan pada 2016 dan dari platform TS lahirnya empat model seperti TSR untuk perlumbaan, TS1 GT dan TSR-S.

Menggunakan TSR-R sebagai asas, Zenvo membangunkan TSR-GT dengan pakej seretan rendah dan lebih laju.

Pek Kuasa TS pada enjin 5.8 liter V8 supercas berkembar merangkumi beberapa ubah suai seperti inlet plemum dan manifold ekzos yang dinaik taraf.

 

Zenvo TSR-GT

 

Satu lagi, Pek Kuasa TSR-R menggunakan sensor flex-fuel yang membolehkan kereta hiper ini menggunakan bahan api etanol tinggi E85.

Enjin itu dipadan bersama transmisi helical-cut dog dengan pacuan akhir yang lebih panjang. 

Kelajuan maksimum kereta dihadkan kepada 424 kilometer sejam (km/j) dan lebih tinggi daripada 325 km/j pada TSR-R.

Pakej aerodinamik terdiri daripada spoiler belakang lebih panjang dan penutup rim aero baharu yang direka bagi mengurangkan seretan dan membantu mencapai kelajuan 424 km/j.

 

Zenvo TSR-GT

 

Bahagian dalaman turut berubah dan komponen raw seperti gentian karbon terdedah diganti dengan bahan premium selari dengan konsep grand touring.

Alcantara pada papan pemuka diganti dengan kulit dan juga pada komponen lain seperti kerusi dan stereng. Alas kaki velour yang digunakan jenis pengurangan bunyi.

Seperti yang dikatakan, TSR-GT sudah habis dijual dan sebelum sempat dilancarkan. Tiga terlalu sikit!

Penulis: Muhammad Md Tajudin