Zeekr X9 - Hibrid, tapi jarak gerak elektrik 380km!

oleh HEZERI SAMSURI|
Zeekr ditubuhkan dalam tahun 2021 dan ia mula menghasilkan kenderaan elektrik sahaja di bawah payung kumpulan Geely.

Geely mula menghasilkan platform-platform premium selepas ia mengambil alih syarikat Volvo 100 peratus dan ia digunakan oleh jenama-jenama miliknya, iaitu Lynk & Co, Smart dan juga Zeekr.

Namun begitu, Zeekr membuat satu kejutan di Pameran Auto Shanghai kerana ia tiba-tiba memperkenalkan X9, sebuah SUV besar dan ia bukan sebuah EV, tetapi hibrid yang masih mampu bergerak menggunakan tenaga elektrik sahaja sejauh 380 km!

Ini menjadikan 9X hibrid yang mempunyai jarak gerak elektrik paling jauh di dunia. Tak cukup dengan itu, seperti biasa untuk jenama China, ia mampu memecut dari sifar ke 100 kmsj dalam masa 3.0 saat.

Zeekr 9X menggunakan bateri CATL Xiaoyao dengan sistem 900-Volt architecture yang digabungkan dengan enjin petrol 2.0L turbo.

Enjin itu sendiri mengjhasilkan 279 PS sementara motor elektrik hadapan pula mampu memberikan tenaga sebanyak 395 PS. Motor elektrik di belakang menambahkan lagi tenaga sebanyak 503 PS, menjadikan tenaga keseluruhan terkumpul yang diberikan ialah 898 PS untuk memacu keempat-empat roda.

Transmisi pula ialah 3-kelajuan dengan dwi motor elektrik dan kelajuan maksimum 240 kmsj.

Pengecas terbina mempunyai nisbah 6C, iaitu enam kali ganda saiz kW bateri, membolehkan pengecasan 20 ke 80 peratus dilakukan dalam masa 9.0 minit. Saiz bateri masih belum diumumkan.

Ini penting kerana kebanyakan jenama baharu lebih mensasarkan pemandu baharu yang rata-rata tidak tahu nikmat membelok dan pada mereka, Perodua Bezza mempunyai pengendalian yang baik.

Berbalik kepada 9X, ia mempunyai saiz dan gaya seperti sebuah RollS Royce Cullinan atau Bentley Bentayga. 

Mungkin itu ialah apa yang dimahukan oleh Zeekr tetapi harganya dijangka jauh lebih rendah dari Mercedes-Benz atau BMW.

9X menggunakan kuasa pemprosesan yang tinggi, terima kasih kepada dua cip komputer Nvidia Thor yang kemudian memacu sistem kawalan pemanduan berautonomi Zeekr, G-Pilot yang dilancarkan bulan lalu.

 

G-Pilot mempunyai kapasiti pemanduan berautonomi Tahap 3 di mana pemandu masih diperlukan, tetapi tidak perlu memegang stereng.

Jika anda rasa 9X ini kelihatan begitu Eropah, puncanya ialah ia direka oleh Stefan Sielaff, bekas pereka bentuk kenderaan dari Jerman yang pernah bertugas di Audi, Mercedes-Benz dan juga Bentley, di mana beliau ialah pengarah prekabentuk jenama UK itu dari tahun 2015 hingga 2021.

Di Malaysia Zeekr mempunyai dua model di dalam pasaran, Zeekr X, sebuah EV kompak dan Zeekr 009, SUV elektrik mewah.

Keistimewaan Zeekr ialah dari segi pemanduannya yang premium, sesuatu yang mungkin gagal difahami oleh kebanyakan pengguna alaf baharu kerana mereka lebih pentingkan bentuk dan kemampuan.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sementara itu, kementerian berkenaan berkata, penamatan tempoh kelonggaran harga lantai RM100,000…
Berita Global
Menurut laporan awal, Zeekr 8X dijangka ditawarkan dengan harga permulaan sekitar 430,000 yuan,…
Berita Global
Rekaan & Dimensi Zeekr 9X memiliki ukuran 5,239 mm panjang, 2,029 mm lebar dan 1,819 mm tinggi…